PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

EDUP 3153




EDUP 3153

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN VETRISA DOIS 2024

EDUP 3153

BIL

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 Pengenalan 1 2.0 Penilaian Instrumen Pertama (Ujian Penilaian ) 2-4 3.0 Penilaian Instrumen Kedua ( Ujian Amali ) 5-6 4.0 Penilaian Instrumen Ketiga ( Buku Skrap ) 7 5.0 Penutup 8 Rujukan 9 Lampiran 10 - 20 i

BIL

1.0 PENGENALAN

Dalam meningkatkan lagi kemajuan sistem pendidikan di Malaysia, para tenaga pendidik harus memiliki pengetahuan dan pemahaman yang mendalam berkaitan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mengandungi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Menurut Lee Leh Hong et.al (2024), pentaksiran ialah proses dalam mengumpul maklumat, mengintepretasi, merekod dan melapor prestasi murid untuk membantu guru membuat keputusan dan mengambil tindakan. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ialah proses dalam mengumpul maklumat berkaitan perkembangan, kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid secara berterusan sepanjang sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dilaksanakan selaras dengan yang dihasratkan dalam matlamat kurikulum (McTighe dan Ferrara, 2021). Pentaksiran boleh wujud dalam pelbagai bentuk contohnya seperti ujian aneka pilihan, struktur, esei, projek, portfolio, pemerhatian prestasi murid dan sebagainya. Setiap pentaksiran yang baik mempunyai ciri-ciri reponsif, fleksibel, bersepadu, berinformasi, pelbagai kaedah, komunikatif, munsabah dan sistematik, serta memenuhi prinsip-prinsip pentaksiran seperti kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kemudahtadbiran, dan kemudahtafsiran. PBD juga turut melibatkan tahap penguassan (TP) yang ada dinyatakan dalam Standard Prestasi Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi semua pembelajaran. Bagi tugasan ini, terdapat tiga instrumen PBD yang telah dipilih untuk dinilai iaitu instrumen lembaran kerja, instrumen ujian amali, dan instrumen buku skrap. -1-

1.0 PENGENALAN

2.0 INSTRUMEN PERTAMA (UJIAN PENILAIAN)

Ujian Penilaian merupakan sejenis ujian yang dirancang untuk mengukur sejauhmanakah pemahaman dan pencapaian murid dalam sesuatu topik pengajaran. Instrumen yang saya gunakan kali ini merupakan Ujian Penilaian Pendidikan Muzik Tahun 5. Rajah 1 Berdasarkan gambar rajah 1, item jawapan tidak disusun dengan teratur. Buktinya, susunan jawapan sepatutnya diawali dari jawapan yang paling pendek sehinggalah ke jawapan yang paling panjang. Prinsip kemudahtadbiran menyatakan bahawa item ujian yang disusun dengan baik teratur dapat memastikan kelancaran murid dalam menjawab ujian ( Lee Leh Hong et. al, 2024). Cadangan penambahbaikkan ialah jawapan soalan sebaiknya disusun mengikut kepanjangan perkataan jawapan yang diawali dari pendek ke panjang. Adalah juga sebaikknya mengelakkan penggunaan jawapan menggunakan roman kerana hal ini menyebakan murid keliru dan mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan seperti ini. Rajah 2 Berdasarkan gambar rajah 2, Bahagian B mengandungi item soalan yang sedikit namun markah yang diberikan adalah banyak. Menurut prinsip kebolehpercayaan, semakin banyak bilangan tugasan dalam suatu pentaksiran, maka semakin tinggi kebolehpercayaanya (Miller et. al 2009). Lagi, Bahagian B hanya menyatakan jumlah markah jawapan bagi soalan 1 dan soalan 2 namun tidak menyatakan markah masing-masing bagi soalan 1 dan soalan 2. Cadangan penambahbaikan ialah item soalan perlu diperbanyakkan lagi sesuai dengan jumlah pemarkahan yang diberikan. Lagi, setiap soalan perlu dinyatakan markah khusus bagi -2-

2.0 INSTRUMEN PERTAMA (UJIAN PENILAIAN)

melancarkan proses pentaksiran berlaku. Cadangan lain yang ada dinyatakan oleh Miller et,

al (2009) adalah uji-ulang uji, ujian bentuk setara dan ujian bahagi dua. Rajah 3 Berdasarkan gambar rajah 3, Bahagian C mengandungi arahan soalan yang kurang lengkap. Buktinya, arahan yang diberikan hanya menyatakan murid untuk melengkapkan senikata lagu tanpa menyatakan murid untuk melengkapkan senikata lagu menggunakan perkataan yang diberikan dalam kotak. Berikut merupakan cadangan penambahbaikan ayat arahan yang boleh dilakukan:Arahan asal : Lengkapkan senikata lagu di bawah Penambahbaikkan: Lengkapkan senikata lagu di bawah menggunakan perkataanperkataan dalam kotak dengan tepat. Selain daripada itu, soalan pada Bahagian A dan Bahagian B banyak menggunakan peringkat taksonomi bloom yang rendah. Buktinya, dapat dilihat pada gambar rajah 2, soalan yang diberikan berada pada aras kemahiran mengingat, dimana murid diminta untuk menamakan not dan jenis not sahaja. Dalam gambar rajah 3, soalan Bahagian C juga masih berada pada aras mengingati dimana murid diminta untuk melengkapkan senikata lagu sahaja. Cadangan penambahbaikkan ialah soalan perlu mengaplikasikan ke enam-enam peringkat taksonomi bloom sebagaimana menurut KPM (2013), taksonomi bloom boleh digunakan sebagai penerangan yang boleh mengukur kebolehan kognitif murid. Pengaplikasian taksonomi bloom boleh dilakukan dengan mudah melalui teknik Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) semasa membuat soalan pentaksiran. -3-

melancarkan proses pentaksiran berlaku. Cadangan lain yang ada dinyatakan oleh Miller et,

Rajah 4

Berdasarkan gambar rajah 4, ujian penilaiaan ini tidak menyatakan maklumat berkenaan tempoh masa pelaksanaan ujian, maklumat berkaitan kewujudan soalan Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Hal ini demikian kerana, kertas soalan ini tidak mempunyai muka hadapan. Menurut McMillan (2004), adalah penting untuk memberikan masa yang secukupnya dalam mentadbir suatu ujian untuk memperoleh keputusan yang sah dan boleh dipercayai. Cadangan penambahbaikan ialah ujian ini perlu menggunakan muka hadapan yang mengandungi maklumat berkaitan tempoh masa ujian dilaksanakan, ruang menulis nama dan kelas, serta penerangan berkaitan kandungan bahagian soalan serta peraturanperaturan yang perlu. -4-

Rajah 4

3.0 INSTRUMEN KEDUA ( UJIAN AMALI )

Ujian amali merupakan sejenis ujian dimana murid diuji berdasarkan kemahiran praktikal yang melibatkan pelaksanaan tugas di makmal ataupun bengkel. Bagi ujian amali muzik tahun 5 ini, pentaksiran ini berlaku secara lisan antara murid dengan bahan pembelajaran ( KPM, 2019a) dimana pentaksiran ini berlaku semasa murid menamakan not-not muzik, menyanyikan lagu dan memainkan alat perkusi dengan betul. Instrumen kali ini merupakan ujian amali akhir tahun pendidikan muzik tahun 5. Rajah 5 Berdasarlan gambar rajah 5, kesahan kandungan adalah rendah kerana ujian ini tidak dapat menyediakan sampel yang relevan dan mewakili domain kandungan yang diajarkan. Buktinya, soalan di Bahagian A kurang selaras dengan standard pembelajaran DSKP Pendidikan Muzik tahun 5. Standard pembelajaran pendidikan muzik tahun 5 :1.1 Murid boleh menulis not E, F, G, A, B, C, D serta tanda rehat pada baluk ( Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019b). Namun dapat kita lihat bahawa soalan Bahagian amali ini tidak menggunakan baluk namun hanya fokus kepada menamakan not-not muzik. Instrumen ini merupakan ujian amali peperiksaan tahun yang bermaksud penilaian menyeluruh berkenaan pemahaman dan pencapaian murid sepanjang proses pembelajaran. Rajah 6 Berdasarkan gambar rajah 6, dalam aspek kemudahtadbiran, arahan soalan adalah kurang jelas. Buktinya, arahan soalan mainkan mana-mana alat perkusi berbentuk umum kerana tidak menyatakan jumlah alat perkusi yang sepatutnya dimainkan oleh murid. cadangan penambahbaikkan arahan soalan adalah seperti yang berikut: Arahan asal : Mainkan mana-mana alat perkusi dengan teknik yang betul. Penambahbaikkan : Mainkan dua atau lebih alat perkusi dengan teknik yang betul. -5-

3.0 INSTRUMEN KEDUA ( UJIAN AMALI )

Rajah 7

Berdasarkan gambar rajah 7, arahan soalan juga kurang jelas dimana Bahagian A dan bahagian B lebih bercirikan arahan soalan manakalan Bahagian C lebih bercirikan tajuk. Penyediaan kertas pentaksiran yang sistematik dan cekap adalah penting bagi memudahkan murid faham soalan dan tidak menimbulkan sebarang keraguan ( Lee Leh Hong et. al 2024). Cadangan penambahbaikkan ialah arahan soalan diletakkan selepas Bahagian A,B,C. Berdasarkan gambar rajah 7, ujian amali ini menggunakan huruf besar dan banyak menggunakan bold. Hal ini menunjukkan susun atur item soalan tidak teratur. Cadangan penambahbaikan ialah Penggunaan huruf besar dan bold hanya digunakan pada penulisan tajuk sahaja. -6-

Rajah 7

4.0 INSTRUMEN KETIGA ( BUKU SKRAP )

Buku skrap merupakan buku atau album untuk mengumpulkan dan menyimpan berbagai jenis bahan atau informasi seperti gambar, catatan dan sebagainya. Rajah 8 Berdasarkan gambar rajah 8, Instrumen ini memenuhi ciri pentaksiran yang baik dimana buku skrap ini berinformasi. Buktinya, tugasan buku skrap ini ada menyatakan hasil pembelajaran murid dalam pelaksanaan tugasan buku skrap. Pentaksiran yang baik perlu membekalkan maklumat berkaitan pencapaian objektif tentang apa dan kemahiran yang perlu dicapai oleh murid (Yap Yee Khiong et. al, 1987). Rajah 9 Berdasarkan gambar rajah 9, ringkasan projek ini menyatakan murid berperanan sebagai pelaksana, murid mencari maklumat, menguasasi kemahiran, berkarya seni dan membuat persembahan. Hal ini menunjukkan bahawa instrumen ini mengandungi kesan konstruk dalam aspek kreativiti, kecerdasan, motivasi, kejujuran, toleransi, kebolehan, menaakul, kefahaman membaca, keresahan dan sebagainya. Atribut-atribut ini akan dapat dinilai melalui pelaksanaan instrumen ini. Dalam aspek kemudahtadbiran, terdapat kekurangan dalan susun atur item instrumen. Buktinya, Ringkasan soalan pada gambar rajah 9 tidak di justify sehingga menyebabkan ia kelihatan tidak jelas. Ringkasan projek adalah bertujuan memudahkan murid memahami tugasa namun ringkasan projek ini terlalu panjang dan berjela-jela. Cadangan penambahbaikkan yang boleh dilakukan ialah ringkasan projek dibuat dalam bentuk senarai nombor sahaja. -7-

4.0 INSTRUMEN KETIGA ( BUKU SKRAP )



Flipbook Gallery

Magazines Gallery

Catalogs Gallery

Reports Gallery

Flyers Gallery

Portfolios Gallery

Art Gallery

Home


Fleepit Digital © 2021