PENGHASILAN LITAR SKEMATIK MENGGUNAKAN PROTEUS 8.5





Editor Shahrul Radzi Bin Mad Zaki @ Abdullah Muhammad Firdaus Bin Che Radzi Penulis Shahrul Radzi Bin Mad Zaki @ Abdullah Muhammad Firdaus Bin Che Radzi Pereka Muhammad Firdaus Bin Che Radzi Shahrul Radzi Bin Mad Zaki @ Abdullah Penerbitan Pertama 2022 Hak Cipta Terpelihara. Tiada bahagian daripada penerbitan ini boleh dihasilkan untuk diedarkan, atau dihantar dalam apa jua bentuk atau dengan apa cara sekalipun, termasuk fotokopi, rakaman, atau sebarang bentuk atau kaedah elektronik atau mekanikal lain, tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit terlebih dahulu, kecuali dalam kes petikan ringkas terkandung dalam ulasan kritikal dan penggunaan bukan komersial lain yang dibenarkan oleh undang-undang hak cipta. Diterbitkan oleh: POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN Pauh Putra, 02600 Arau Perlis i


PENGHARGAAN

Pertama sekali, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya kami dapat menghasilkan E-book Penghasilan Litar Skematik Menggunakan Perisian Protues 8.5 ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, En Shaffie Bin Husin, yang sentiasa menyokong pasukan kami sepanjang penghasilan E-book ini. Juga setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan E-Pembelajaran kerana memberi bimbingan dan sokongan yang tidak terhingga sepanjang pembangunan E-book ini. E-book ini saya didedikasikan kepada rakan sepasukan saya iaitu Allahyarham Muhammad Firdaus Bin Che Radzi yang telah kembali kepada PenciptaNya pada 6 Oktober 2022 di Madinah. Allahyarham sempat membuat kerja-kerja terakhir selaku pereka utama pasukan kami dan E-book ini adalah antara sentuhan kreatif terakhir daripada Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang beriman. Akhir sekali, semoga dengan penghasilan E-book ini dapat memberi manfaat kepada anak didik kami khususnya para pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik di Politeknik. Semoga dengan terhasilnya E-book ini dapat memberikan lebih kefahaman berkaitan asas penghasilan litar skematik dan papan litar bercetak (PCB) termasuk proses ething dan soldering. ii

PENGHARGAAN

abstrak

EBook ini diterbitkan untuk memberikan penerangan ringkas kepada pembinaan papan litar bercetak (PCB). Buku ini bertujuan sebagai nota tambahan kepada pdp yang diberikan oleh pensyarah di dalam kelas untuk membantu pelajar memahami dengan lebih baik berkenaan dengan proses pembinaan papan litar bercetak. Ia sangat sesuai untuk pelajar-pelajar yang mengambil kursus projek di dalam bidang kejuruteraan elektronik. Buku ini mengandungi beberapa bahagian atau topik yang merangkumi penghasilan litar skematik dengan menggunakan aplikasi Proteus 8.5, cara menjalankan simulasi litar skematik, cara membina susun atur PCB (PCB Layout), penghasilan corak litar pada PCB melalui proses etching termasuk proses developer. Topik terakhir di dalam buku ini adalah proses drilling dan soldering iaitu proses menebuk lubang pada PCB dan pematerian kaki komponen. iii

abstrak

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT Penghargaan Abstrak ii iii Bahagian A 01 Perisian Proteus 8.5 - Penghasilan Litar Skematik Bahagian B Penghasilan Susun Atur PCB (PCB Layout) Bahagian C Etching - Penghasilan Corak Litar Pada Papan Litar Bahagian D 14 36 Drilling dan Soldering 48 Ulangkaji 53 Rujukan 55 iv

ISI KANDUNGAN


2

2

3

3

4

4



Flipbook Gallery

Magazines Gallery

Catalogs Gallery

Reports Gallery

Flyers Gallery

Portfolios Gallery

Art Gallery

Home


Fleepit Digital © 2021