Buletin Edisi 4_2023

2023 | EDISI 4




2023 | EDISI 4

BULETIN Terbitan : AJK Buletin & AJK Pertubuhan Kebajikan Pelatih Pusat Pergigian Kanak - Kanak & ILKKM (Pergigian) Georgetown

2023 | EDISI 4

Perutusan

Pengarah Assalamualaikum wrh wbh, Salam Sejahtera & Salam Malaysia Madani. Sekali lagi bersua kita di Buletin Edisi Ke - 4 Tahun 2023 ini yang menampilkan pelbagai aktiviti melibatkan warga PPKK & ILKKM (Pergigian) Georgetown yang terdiri dari staf serta para pelatih. Aktiviti - aktiviti yang ditonjolkan adalah selari dengan fungsi teras institusi ini iaitu Latihan (Auksilari Pergigian) dalam usaha memperkasakan Pengajaran dan Pembelajaran serta penyampaian Perkhidmatan Kesihatan Pergigian bagi meningkatkan taraf kesihatan pergigian kepada kumpulan sasaran di komuniti. Dalam pelaksanaan aktiviti - aktiviti di atas, institusi ini sentiasa akur dengan garis panduan serta SOP yang ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Latihan serta Program Kesihatan Pergigian, KKM untuk memenuhi aspirasi serta objektif dari para pemegang taruh. Dr. Nor Haslina binti Mohd Hashim Harapan saya semoga semua Warga PPKK & ILKKM (Pergigian) Georgetown meningkatkan prestasi di bidang masing - masing demi kecemerlangan institusi ini di masa akan datang. 01

Perutusan

SIDANG REDAKSI

2023 Dr. Nor Haslina binti Hashim PENASIHAT Dr. Nurul Haizan binti Dziauddin Dr. Wan Zarina binti Zainol Abidin Dr. Jude Florian Bajagap Cik Siti Bahirah binti Yusof PENYELARAS BULETIN / KETUA EDITOR EDITOR 1 EDITOR 2 EDITOR 3 Farhana Natasha binti Mahmad Fua’ad Jacqueline Same Reno Rexy Radius Muhammad Zuhdi bin Zulkiffli PEMBANTU EDITOR 1 PEMBANTU EDITOR 2 PEMBANTU EDITOR 3 PEMBANTU EDITOR 4 02

SIDANG REDAKSI

Coretan

Editor Assalamualaikum dan salam hormat kepada semua pembaca. Tanpa disedari kita telah menghampiri ke penghujung tahun 2023. Pelbagai acara dan aktiviti yang melibatkan semua staf kakitangan dan pelatih PPKK & ILKKM (Pergigian) Georgetown telah dijalankan sepanjang tahun ini. Penerbitan Buletin 2023 Edisi Ke - 4 kali ini merupakan hasil kerjasama dengan AJK Pertubuhan Kebajikan Pelatih (PKP) di mana buletin ini mengajak para pembaca untuk mengimbau kembali detik - detik menarik yang berlaku sepanjang tahun. Fokus utama buletin ini adalah pengoperasian Latihan (Auksilari Pergigian) termasuk pelatih yang berada ni Praktikal Latihan Amali (PLA) di seluruh Malaysia dan perkhidmatan kesihatan pergigian yang dilakukan dalam serta luar institusi. Sidang Redaksi ingin mengambil peluang ini untuk menzahirkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam merealisasikan penerbitan Buletin PPKK & ILKKM (Pergigian) Georgetown 2023 Edisi Ke - 4. Jumpa lagi dalam Buletin 2024! Penafian : Semua hasil penulisan yang ditulis dan foto - foto di dalam buletin ini adalah fakta dan tidak ditiru atau diplagiat daripada mana - mana sumber. Pihak editor berhak memadam hasil penulisan daripada buletin sekiranya terdapat isu - isu sensitif dan tidak berkaitan. Penulisan dan percetakan semula dari setiap bahan, artikel dan ilustrasi di dalam majalah ini adalah tidak dibenarkan sama sekali tanpa mendapat sebarang kebenaran bertulis dari penerbit. 03

Coretan

KANDUNGAN

01 Perutusan Pengarah 02 Sidang Redaksi 2023 03 Coretan Editor & Penafian 04 Unit Latihan Auksiliari Pergigian 21 Unit Perkhidmatan Kesihatan Pergigian 38 Unit Inisiatif Kualiti 41 Bengkel Flexible Denture 42 Lawatan & Kunjungan Hormat Oleh Kesatuan Juruterapi Pergigian 09 43 Senarai Penerima APC 10 44 Lantikan Baru & Pertukaran Masuk Kakitangan 2023 45 Majlis Persaraan Matron Aziah 46 Majlis Makan Malam PPP & Majlis Persaraan Pn. Rokiah

KANDUNGAN

Ambilan

Kursus Bilangan Pelatih Januari 2023 Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian 69 Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian 51 Diploma Juruterapi Pergigian 50 Diploma Juruteknologi Pergigian 42 Julai 2023 04

Ambilan

Semua pelatih menjalani sesi

Pengajaran dan Pembelajaran (teori) di bilik kuliah. Pelatih Kursus Diploma Juruterapi Pergigian Tahun 1 menjalani sesi latihan amali di Bilik TPO. Pelatih Kursus Diploma Juruterapi Pergigian Tahun 2 menjalani sesi praktikal merawat pesakit di Bilik Rawatan. Pelatih Kursus Diploma Juruteknologi Pergigian menjalani sesi praktikal di Makmal Besar. Aktiviti Pengope rasian La tihan Pra Perk hidmatan 2023 Pelatih Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian Tahun 1 menjalani sesi orientasi klinikal di klinik pergigian yang terpilih sebelum ke PLA. Pelatih Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian menjalani sesi praktikal di Makmal Kemahiran. 05

Semua pelatih menjalani sesi

Pelatih membantu mencari kad LP8 semasa

proses pendaftaran pesakit. Orientasi klinikal mula dilaksanakan dalam kurikulum Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian pada tahun 2017. Ianya merupakan persediaan persekitaran klinikal awal bagi pelatih Tahun 1 Semester I sebelum penempatan klinikal pada semester berikutnya. Orientasi klinikal dijalankan dalam masa 2 minggu di mana pelatih akan ditempatkan di beberapa buah klinik pergigian yang terpilih untuk memerhati dan membantu dalam prosedur pergigian. Pelatih membantu mencuci peralatan yang telah terkontaminasi di bilik pensterilan peralatan. Pelatih diajar cara melipat dan membungkus gauze. Pelatih membantu Pegawai Pergigian mengisi carta pergigian pesakit. 06

Pelatih membantu mencari kad LP8 semasa

Peperiksaan Akhir Sijil Pos Basik

Pediatrik Juruterapi Pergigian 24 orang peserta Kursus Pos Basik Pergigian Pediatrik ambilan September 2022 telah melaporkan diri di PPKK & ILKKM (Pergigian) Georgetown pada 30 Januari 2023 bagi fasa terakhir kursus ini. Peperiksaan akhir berlangsung selama 2 minggu iaitu pada 2 Februari 2023 hingga 14 Februari 2023. Terdapat dua orang Pakar Pergigian Pediatrik telah dijemput iaitu Dr Lorend Telajan Achol dan Dr Habibah binti Said sebagai pemeriksa kertas peperiksaan teori dan OSPE. Secara keseluruhan, sesi peperiksaan akhir berjalan dengan jayanya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta kursus. 07

Peperiksaan Akhir Sijil Pos Basik



Flipbook Gallery

Magazines Gallery

Catalogs Gallery

Reports Gallery

Flyers Gallery

Portfolios Gallery

Art Gallery

Home


Fleepit Digital © 2021