e-Buletin Bil 1/2024 IPGM Kampus Rajang

JAN




JAN

APRIL 2024 E-BULETIN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS RAJANG RAJANG HARUM MEWANGI TERBITAN EXCO TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN PENERBITAN #IPGMKAMPUSRAJANG

JAN

MUKADIMAH

PENGARAH KAMPUS IPGM RAJANG Assalamualaikum w.b.t, Selamat Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Sarawak Maju Makmur dan Salam Rajang Harum Mewangi. Alhamdulillah, saya panjatkan rasa syukur kepada Allah s.wt. kerana dengan izinnya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Rajang berjaya menerbitkan e-buletin bil.01 Januari - April 2024. Kejayaan menerbitkan e-buletin menunjukkan kesungguhan siswa pendidik menjalani sesi latihan keguruan di IPGM Kampus Rajang. Pernyataan ini diungkapkan oleh kerana buletin ini merupakan satu platform untuk melaporkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh siswa pendidik IPGM Kampus Rajang sepanjang bulan Januari sehingga April 2024. Laporan ini juga memperlihatkan kesungguhan IPGM Kampus Rajang untuk memastikan misi IPGM tercapai iaitu melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia. Sehubungan dengan itu besarlah harapan pihak IPGM Kampus Rajang agar aktivitiaktiviti yang telah dilaksanakan ini dapat memaparkan tahap pencapaian siswa pendidik dari aspek kepimpinan, kesukarelawan dan kerohanian. Akhir kata, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penerbitan ini. Sekian, terima kasih. ENCIK YAHYA BIN SEDIK PENGARAH IPGM KAMPUS RAJANG.

MUKADIMAH

MUKADIMAH

KETUA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR ENCIK INGGIT ANAK BARAU Salam hormat dan Salam Rajang Mewangi kepada semua pembaca e-Buletin Sri Rajang. Pertama sekali, bersyukur ke hadrat Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan izin-Nya, pihak penerbitan berjaya menerbitkan sekali lagi e-Buletin Sri Rajang bagi Edisi pertama pada tahun 2024 ini yang merangkumi pelaksanaan aktiviti di IPGM Kampus Rajang pada bulan Januari sehingga bulan April. Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada pihak penerbitan iaitu Exco Teknologi, Maklumat dan Penerbitan JPP Sesi 2024/2025, yang telah bertungkus lumus menjayakan penerbitan e-Buletin pada kali ini. Tidak lupa juga, saya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada warga Rajang, khususnya siswa pendidik yang telah bergiat aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang tiga bulan ini. Sesungguhnya, ini merupakan sesuatu perkara yang perlu dibanggakan. Justeru, saya berharap agar semua siswa pendidik dapat mengekalkan momentum yang baik sepanjang menuntut ilmu di IPGM Kampus Rajang. Bukan itu sahaja, saya juga menggalakkan siswa pendidik agar membuat perancangan masa dengan teliti bagi menyeimbangkan masa belajar dan aktiviti riadah mahupun sosial. Meskipun sibuk dan terikat dengan tugasan yang diberikan, jangan sesekali mengabaikan kesihatan diri, minat serta keperluan diri. Akhir sekali, saya berharap agar e-Buletin ini akan sentiasa memberikan manfaat kepada semua warga Rajang khususnya siswa pendidik, bukan sahaja sebagai memori bersama sepanjang tahun-tahun pengajian di IPGMKR tetapi juga menyumbang kepada pembangunan insaniah pelajar.

MUKADIMAH

MUKADIMAH

YDP INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS RAJANG SESI 2024/2025 ISSACHAR AARON ANAK LAWRENCE Salam Sejahtera, Salam Rajang Harum Mewangi dan Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia. Syukur diucapkan kepada Tuhan yang Maha Esa kerana dengan izin-Nya kita dapat menerbitkan e-Buletin ini. Dengan kesempatan ini, izinkan saya memberikan sepatah dua kata dalam e-Buletin IPGMK Rajang ini. Pertama sekali, syabas dan tahniah diucapkan kepada Exco Teknologi Maklumat dan Penerbitan sesi 2024/2025 kerana telah menjayakan penerbitan eBuletin ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan e-Buletin ini. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada editor e-Buletin ini kerana telah bertungkus lumus menghasilkan karya yang luar biasa ini. Pelbagai program dan karya dapat kita lihat melalui e-Buletin ini. Diharapkan segala program dan aktiviti yang dipaparkan dapat menjadi motivasi, inspirasi dan kayu ukur kepada semua siswa pendidik agar mampu bersaing secara sihat demi melahirkan bakal guru yang kompeten. Semua siswa pendidik IPGMK Rajang amat digalakkan untuk menyertai dan mengikuti segala program yang dibawakan oleh pihak kampus mahupun pihak JPP. Hal ini supaya para pelajar tidak ketinggalan sebarang aktiviti dan memudahkan urusan semua bagi mengisi senarai penglibatan aktviti di e-INSANIAH (8K). Libatkanlah diri kita sebagai bakal guru dalam apa-apa program yang dianjurkan. Saya menyeru supaya semua siswa pendidik dapat mengikuti segala program yang akan dianjurkan kelak. Dalam pada itu, ingatlah untuk bersaing secara sihat dalam semua aspek. Tidak perlu untuk kita membandingbandingkan diri dengan orang lain. Jadilah versi terbaik untuk diri sendiri, langkaui batas sedia ada. Akhir kata, semoga e-Buletin ini dapat menjadi dorongan dan motivasi kepada semua.

MUKADIMAH

MUKADIMAH

KETUA EDITOR Sebelum itu, terima kasih saya ucapkan kepada ahli ecxo Teknologi Maklumat dan Penerbitan yang telah banyak membantu dalam menjayakan penghasilan e-buletin ini. Pada kali ini kami membawakan e-buletin yang bertemakan majalah dengan pelbagai reka bentuk dan gaya bagi mempamerkan kreativiti yang beraneka dan unik dalam menghasilkan setiap paparan dan muka surat e-buletin ini. Kami juga meletakkan satu paparan khas yang direka serta diedit sendiri mengikut cita rasa dan keunikkan siswa pendidik Rajang yang telah terpilih untuk menghasilkannya. Oleh itu diharapkan dengan penerbitan ebuletin ini, mampu mempersembahkan aktiviti, usaha, karya dan bakat-bakat warga Rajang yang tidak dinafikan indah dan mempersona. Sekali lagi terima kasih saya ucapkan kepada barisan editor bagi bulan Januari sehingga April atas penghasilan e-buletin ini. Ain Azzira binti Sandallud

MUKADIMAH

Bil. 01

JANUARI 2024 “Education is the key to unlocking the world. It is the password to freedom”

Bil. 01

PRAKTIKUM

FASA 2 BIL. 01 Bermula 2 Januari 2024, semua siswa pendidik PISMP BIBB JUN 2020/ MEI 2024 bakal menjalani Praktikum Fasa 2. 2 Januari 2024

PRAKTIKUM

12 JANUARI

PERHIMPUNAN JABATAN HAL EHWAL PELAJAR BIL.01/2024 12 Januari 2024: Perhimpunan Jabatan Hal Ehwal Pelajar Bil. 1/2024 telah berlangsung dalam dua slot di Dewan Kenanga. Ketua Jabatan HEP, Encik Inggit anak menyampaikan Barau amanat telah jabatan. Perhimpunan tersebut dihadiri oleh semua mentor dan siswa pendidik. Semoga Tahun membawa lebih kesejahteraan kepada dan seluruh khususnya dikasihi. Baharu siswa 2024 banyak kecemerlangan warga pendidik Rajang, yang

12 JANUARI

13

2024 18 SUKSAR III [ JANUARI ] Pada 13 hingga 18 Januari 2024 yang lalu, seramai 68 orang siswa pendidik PISMP JUN 2021/2026 telah menyertai Sukarelawan am SUKSAR III 2023 yang bertempat di Sibu. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan MSNS kerana telah memberikan peluang siswa pendidik IPGMK Rajang untuk bekerjasama dalam menjayakan SUKSAR III Sibu 2023. 68 ORANG PISMP JUN 2021/2026 SUKSAR III SIBU MSNS SUKSAR2024

13



Flipbook Gallery

Magazines Gallery

Catalogs Gallery

Reports Gallery

Flyers Gallery

Portfolios Gallery

Art Gallery

Home


Fleepit Digital © 2021