LOGIK & AKU - CARA BERFIKIR DENGAN BIJAK

1




1

1

Halaman Hakcipta

2

Halaman Hakcipta

Kandungan

BAB 1 : APA ITU LOGIK? ................................................................. Pengenalan kepada Ilmu Mantik Mengapa Kita Perlu Berfikir Secara Logik? Logik dalam Kehidupan Seharian 4 4 6 8 BAB 2 : CARA BERFIKIR DENGAN BETUL ........................................... Bagaimana Otak Kita Memproses Maklumat Pemikiran Kritis vs. Pemikiran Emosi Langkah-Langkah Membuat Kesimpulan yang Tepat 12 12 14 17 BAB 3 : JENIS-JENIS HUJAH ............................................................. Apa Itu Hujah? Hujah Deduktif: Daripada Umum kepada Khusus Hujah Induktif: Daripada Khusus kepada Umum Perbandingan Hujah Deduktif dan Induktif Contoh Hujah dalam Situasi Harian 19 19 20 21 22 23 BAB 4 : KESILAPAN DALAM PEMIKIRAN (LOGICAL FALLACIES) ............. 25 Bila Fikiran Tersasar 25 Kesilapan Umum dalam Berfikir 26 Bagaimana Mengelakkan Kesilapan Logik? 29 BAB 5 : LOGIK DALAM PERBUALAN DAN PERBAHASAN ...................... Bagaimana Membina Hujah yang Kukuh Cara Bertanya Soalan yang Bijak Teknik Mendengar dan Memahami Hujah Orang Lain 34 35 38 42 BAB 6 : LOGIK DALAM KEPUTUSAN HARIAN ..................................... Langkah-langkah Menggunakan Logik dalam Membuat Keputusan Memilih Jalan Terbaik dalam Sesuatu Situasi Berfikir Sebelum Bertindak 45 46 50 51 PENUTUP: LANGKAH BIJAK KE HADAPAN ........................................ Apa yang Kamu Sudah Pelajari? Jadilah Pemikir yang Bertanggungjawab Logik Itu Latihan Seumur Hidup 3 54 55 56 56

Kandungan

Bab 1 :

apa itu logik? Pengenalan kepada Ilmu Mantik Pernahkah kamu tertanya-tanya, bagaimana kita tahu sesuatu itu betul atau salah? Atau bagaimana kita boleh membuat keputusan yang bijak dalam hidup? Di sinilah pentingnya ilmu mantik. Mantik ialah cabang ilmu yang mengajar kita cara berfikir dengan teratur, jelas, dan masuk akal. Dalam bahasa Inggeris, mantik dikenali sebagai logic. 4

Bab 1 :

Ilmu mantik bukan sahaja digunakan oleh ahli falsafah atau saintis, malah tanpa kita sedari, kita semua sebenarnya menggunakan logik dalam kehidupan harian! Setiap kali kamu membuat keputusan berdasarkan bukti, alasan, atau sebab yang munasabah, kamu sedang menggunakan logik. Logik bukan tentang menghafal fakta atau menjadi paling bijak dalam kelas. Sebaliknya, logik mengajar kita cara berfikir supaya kita tidak mudah terpedaya, tidak membuat keputusan terburu-buru, dan tidak percaya bulat-bulat kepada sesuatu tanpa usul periksa. Secara lebih khusus, mantik boleh difahami sebagai: 1. Ilmu logik – iaitu ilmu yang mengkaji prinsip-prinsip 2. Kaedah penaakulan – bagaimana seseorang membuat pemikiran yang betul dan sahih. kesimpulan berdasarkan hujah atau premis tertentu. 3. Kebolehan berfikir secara rasional dan sistematik – misalnya, menilai sama ada sesuatu hujah itu munasabah atau tidak. 5


Mengapa Kita Perlu Berfikir Secara Logik?

Dalam dunia hari ini, kita terdedah kepada pelbagai maklumat, daripada media sosial, internet, rakan-rakan, keluarga, dan sekolah. Ada maklumat yang benar, dan ada juga yang palsu atau mengelirukan. Jika kita tidak belajar berfikir secara logik, kita mudah percaya kepada khabar angin, teori konspirasi, atau berita palsu. Berfikir secara logik membantu kita: 1. Membuat Keputusan dengan Lebih Baik Contohnya, bila kamu nak pilih antara dua perkara sama ada menyiapkan kerja sekolah atau bermain telefon, logik akan bantu kamu menimbang akibat setiap pilihan. Apa jadi kalau kamu tangguhkan kerja sekolah? Apa kesannya jika kamu utamakan tanggungjawab? 6

Mengapa Kita Perlu Berfikir Secara Logik?

2.

Berhujah dan Berkomunikasi dengan Jelas Bila kita tahu cara menyusun fikiran dengan logik, kita juga boleh menjelaskan pendapat kita kepada orang lain dengan lebih meyakinkan. 3. Mengelakkan Salah Faham dan Konflik Kadang-kadang pergaduhan berlaku kerana orang salah faham atau membuat andaian yang tidak logik. Dengan logik, kita belajar mendengar, menilai, dan bertanya soalan yang betul sebelum membuat kesimpulan. 4. Melatih Otak untuk Berfikir Lebih Tajam Logik ialah seperti senaman untuk minda. Semakin kita berlatih berfikir secara logik, semakin kuat dan tajam cara kita berfikir. Berfikir secara logik tidak bermaksud kita menjadi robot yang tiada perasaan. Sebaliknya, logik membantu kita mengimbangkan antara emosi dan akal, supaya kita tidak membuat keputusan berdasarkan emosi semata-mata. 7

2.

Logik dalam Kehidupan Seharian

Mungkin kamu tertanya-tanya, adakah logik hanya untuk subjek sekolah atau ujian IQ sahaja? Sebenarnya, logik ada di manamana. Mari kita lihat beberapa contoh dalam kehidupan seharian. Contoh 1: Di Sekolah Seorang pelajar mengatakan, “Saya gagal kerana cikgu tak suka saya.” Tapi jika kita berfikir secara logik, kita akan tanya: • Adakah ada bukti cikgu tak suka dia? • Adakah pelajar itu buat ulang kaji? • Bagaimana pula prestasi pelajar lain? Logik akan bantu kita melihat bahawa kegagalan mungkin disebabkan kurang usaha, bukan kerana cikgu bersikap tidak adil. 8

Logik dalam Kehidupan Seharian

Contoh 2: Dalam Persahabatan

Kadang-kadang kawan kita tidak membalas mesej. Secara emosi, kita mungkin rasa sedih atau marah. Tapi logik akan tanya: • Adakah dia sibuk? • Adakah telefon dia rosak? • Adakah saya terlalu cepat membuat andaian? Berfikir logik membantu kita lebih sabar dan memahami situasi orang lain. Contoh 3: Di Rumah Kamu nampak dua adik kamu bergaduh, dan seorang daripadanya menangis. Tanpa logik, kamu mungkin terus menyalahkan yang tidak menangis. Tapi dengan logik, kamu akan tanya: • Siapa mula dulu? • Apa yang berlaku sebenarnya? • Adakah kedua-duanya bersalah? Logik membantu kita mencari kebenaran dengan adil. 9

Contoh 2: 	 Dalam Persahabatan



Flipbook Gallery

Magazines Gallery

Catalogs Gallery

Reports Gallery

Flyers Gallery

Portfolios Gallery

Art Gallery

Home


Fleepit Digital © 2021