Mata pelajaran Bahasa Melayu Kelas Tingkatan 1 Patriotik Tarikh / Hari 10 Mac 2025 / Rabu Masa 7.30 – 8.50 pagi Bilangan Murid 20 orang Tajuk Kata Kerja Tak Transitif Standard 5.1 Memahami dan menggunakan perkataan daripada pelbagai Kandungan golongan kata dalam pelbagai ayat. Standard 5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja tak transitif Pembelajaran dengan betul mengikut konteks. Objektik i. Pembelajaran Mengenal pasti sekurang-kurangnya lima kata kerja tak transitif. ii. Mengelaskan kata kerja tak transitif kepada dua jenis iaitu berpelengkap dan tidak berpelengkap. iii. Membina sekurang-kurangnya lima ayat menggunakan kata kerja tak transitif dengan betul mengikut konteks. Set Induksi (5 minit) Cadangn Aktiviti: i. Murid menjawab kuiz interaktif berkaitan kata kerja tak transitif. ii. Murid menjawab soalan secara individu menggunakan peranti masing-masing. iii. Selepas tamat kuiz, murid mendengar guru mengumumkan pemenang dan penerangan secara ringkas tentang kata kerja tak transitif.
(15 minit) Cadangan Aktiviti: i. Murid diberikan pautan ke permainan interaktif Wordwall (jenis ‘padanan’ atau ‘susun atur’) di mana mereka perlu memadankan kata kerja tak transitif dengan ayat yang sesuai. ii. Murid bermain secara individu dan mencatat sekurangkurangnya lima kata kerja tak transitif yang mereka temui dalam permainan ke dalam buku nota digital mereka. iii. Jawapan murid disemak oleh guru dan murid mendengar maklum balas yang diberikan oleh guru. Langkah 2 (15 minit) Cadangan Aktiviti: i. Murid diberikan akses kepada papan maya Google Jamboard. ii. Murid menyeret kata kerja tak transitif yang diletakkan oleh guru di atas papan ke dalam kategori yang betul iaitu berpelengkap atau tidak berpelengkap. iii. Murid berbincang secara berkumpulan dan membuat keputusan bersama. iv. Semua jawapan murid disemak oleh guru dan penerangan tambahan akan diberikan jika perlu. Langkah 3 (20 minit) Cadangan Aktiviti: i. Murid diminta membina lima ayat menggunakan kata kerja tak transitif dan menulisnya di dalam Padlet kelas. ii. Setelah semua murid menghantar ayat mereka, guru memilih beberapa contoh untuk dibincangkan dan diperbaiki bersama. iii. Murid memberikan komen dan cadangan kepada rakan secara dalam talian (peer review). iv. Murid mendengar maklum balas dariada guru dan murid merumuskan pembelajaran dengan bimbingan guru.
(5 minit) Refleksi dan Rumusan i. Murid diminta berkongsi satu perkara baharu yang mereka pelajari hari ini dalam ruangan komen Padlet. ii. Murid membuat kesimpulan tentang penggunaan kata kerja tak transitif dalam ayat. iii. Murid diberikan latihan tambahan dalam bentuk Google Forms untuk disiapkan di rumah.
Fleepit Digital © 2021