KANDUNGAN Peta Lokasi UMT 4 Evolusi UMT 6 Falsafah UMT, Visi, Misi, Objektif 8 Maklumat Am Sistem Pengajian di UMT 9 PROGRAM PENGAJIAN DI PUSAT/FAKULTI Pusat Asasi STEM Fakulti Perikanan dan Sains Marin (FPSM) Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM) Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan (FTKK) Fakulti Pengajian Maritim (FPM) Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS) 10 Syarat Am Universiti 12 SYARAT KHAS PROGRAM ASASI DAN DIPLOMA Asasi STEM Diploma Perikanan 16 18 SYARAT KHAS PROGRAM SARJANA MUDA Fakulti Perikanan dan Sains Makanan (FPSM) Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM) Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan (FTKK) Fakulti Pengajian Maritim (FPM) Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS) 20 32 50 64 74 82 Yuran Pengajian Prasiswazah 98 Yuran Program Sarjana Muda IDP 99 Cara Memohon 100 3
PETA LOKASI UMT
UMT Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera di samping menyediakan kemudahan penyelidikan untuk pensyarah. Melalui penstrukturan semula program akademik di UPM, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera telah dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama baru iaitu Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FSGT) mulai Jun 1996. Turut ditubuhkan ialah Fakulti Sains dan Sastera Ikhtisas (FSSI) dan Pusat Matrikulasi (PPM). Mulai Jun 1996, kampus ini telah diiktiraf (secara dalaman UPM) sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Pertanian Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor (designate). Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 5 Mei 1999 telah bersetuju meluluskan cadangan penubuhan Kolej Universiti Terengganu (KUT) berasaskan Pusat Perikanan dan Sains Samudera, Universiti Pertanian Malaysia di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu. Pada 26 Julai 1999, Perintah Kolej Universiti Terengganu (Perbadanan) 1999 (PUA 292) telah diluluskan oleh Dewan Rakyat yang mengiktiraf Kolej Universiti Terengganu sebagai kampus bersekutu UPM dimana para pelajarnya akan dikurniakan ijazah daripada UPM. KUT kemudiannya dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia dengan singkatan KUSTEM pada 1 Julai 2001. Bermula pada 1 Februari 2007 bersamaan 13 Muharam 1428 H, tercipta satu lagi sejarah dalam sistem pendidikan di Malaysia. Dalam usaha mengukuhkan kedudukan IPTA negara, enam buah Kolej Universiti telah melalui penjenamaan semula kolej -kolej universiti. Kini KUSTEM dikenali sebagai Universiti Malaysia Terengganu. 6
Terengganu (UMT) 2007 - NOW Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) 2001 - 2006 Kolej Universiti Terengganu (KUT) 1999 - 2001 Universiti Pertanian Malaysia Terengganu (UPMT) 1997 - 1999 Pusat Perikanan dan Sains Samudera (UPM) 1979 - 1996 7
VISI, MISI, OBJEKTIF FALSAFAH UMT Ilmu dan amal yang berpadu berlandaskan keimanan kepada Allah adalah tonggak kepada usaha universiti dalam menyediakan modal insan yang berwibawa untuk kelestarian sejagat VISI Universiti berfokus marin terunggul dalam negara dan disegani di peringkat global MISI Menjana ilmu untuk kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam SLOGAN Terokaan Seluas Lautan Demi Kelestarian Sejagat BIDANG TUJAHAN Ilmu Kelautan dan Sumber Akuatik 8
SISTEM PENGAJIAN DI UMT Sistem pengajian yang diamalkan di UMT ialah sistem semester. Terdapat dua semester untuk setiap sesi tahun pengajian iaitu Semester 1 dan Semester 2. Tempoh satu semester ialah 19 minggu, dengan pecahan berikut: 14 minggu kuliah + 1 minggu cuti pertengahan semester + 1 Minggu Ulangkaji + 3 minggu peperiksaan akhir. Manakala pecahan bagi semester pendek adalah: 8 minggu kuliah + 1 minggu peperiksaan akhir STRUKTUR KURIKULUM PROGRAM Struktur kurikulum untuk program sarjana muda dibentuk berdasarkan falsafah dan matlamat UMT iaitu untuk menghasilkan graduan yang berwibawa, dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan, berguna kepada masyarakat, berpengetahuan, dan mempunyai kemahiran dan kualiti kepimpinan. Terdapat tiga komponen kursus di dalam kurikulum program, iaitu Teras Universiti, Teras Program, dan Elektif. TERAS UNIVERSITI Teras Universiti terdiri daripada beberapa kursus yang wajib diambil oleh semua pelajar UMT. Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan tambahan kepada pelajar di samping pengetahuan yang didapati daripada bidang pengkhususan masing-masing. TERAS PROGRAM Teras Program terdiri daripada kursus yang berkaitan dengan bidang pengkhususan dan ditetapkan oleh jabatan yang mengendalikan program-program tersebut. Pelajarpelajar di dalam program yang berkenaan diwajibkan untuk mengikuti kursus ini. ELEKTIF Elektif terdiri daripada kursus pilihan yang boleh diambil oleh pelajar. Kursus elektif masih diambil kira kreditnya dan diberikan mata nilaian. 9
Fleepit Digital © 2021