MAJLISGRADUASIPERDANA2026

MELAKAR MASA DEPAN, MEMIMPIN PERUBAHAN




MELAKAR MASA DEPAN, MEMIMPIN PERUBAHAN

20 OGOS 2026 PUSAT DAGANGAN DUNIA, KUALA LUMPUR (WTC) RAKAN STRATEGIK

MELAKAR MASA DEPAN, MEMIMPIN PERUBAHAN

FALSAFAH PENDIDIKAN MARA

"Pendidikan MARA adalah satu usaha yang berterusan berteraskan ilmu, teknologi dan nilai keusahawanan untuk membangunkan insan holistik dan seimbang."

FALSAFAH PENDIDIKAN MARA

FALSAFAH PENDIDIKAN MARA

02 SEKAPUR SIREH 03 AHLI SENAT BPT 04 PENYATAAN KORPORAT BPT 05 FAKTA & ANGKA BPT 2026 06 SOROTAN KEJAYAAN KOLEJ MARA 2025 07 ANUGERAH TOKOH GRADUAN 08 ANUGERAH GRADUAN TERBAIK 09 ANUGERAH GRADUAN CEMERLANG 10 SENARAI GRADUAN SIDANG 1 11 SENARAI GRADUAN SIDANG 2 12 LAGU AMANAH RAKYAT 13 AHLI JAWATANKUASA 14 PORTAL ALUMNI MARA ISI KANDUNGAN 01

FALSAFAH PENDIDIKAN MARA

MAJLIS GRADUASI PERDANA KOLEJ MARA 2026

4

MAJLIS GRADUASI PERDANA KOLEJ MARA 2026

MAJLIS GRADUASI PERDANA KOLEJ MARA 2026

5

MAJLIS GRADUASI PERDANA KOLEJ MARA 2026

SEKAPUR SIREH

YB DATUK HAJAH RUBIAH BINTI HAJI WANG Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya, saya diberi kesempatan untuk menitipkan sepatah dua kata bersempena dengan Majlis Graduasi Perdana Kolej MARA 2026. Kesempatan ini saya ambil untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua graduan yang diraikan pada hari yang penuh bermakna ini. Sesungguhnya, pencapaian gemilang para graduan merupakan manifestasi kejayaan dan bukti kukuh terhadap kelangsungan pembangunan modal insan Bumiputera yang dihasratkan oleh negara. MAJLIS GRADUASI PERDANA KOLEJ MARA 2026 6

SEKAPUR SIREH

Kerajaan menerusi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sentiasa

teguh dengan komitmen untuk memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera, dan MARA kekal utuh sebagai tonggak utama dalam merealisasikan hasrat murni tersebut. Sesungguhnya, pendidikan serta latihan kemahiran yang berkualiti merupakan nadi pemangkin ke arah melahirkan generasi profesional dan usahawan Bumiputera yang berdaya saing, bukan sahaja di peringkat nasional malah di persada global. Usaha berterusan ini adalah sejajar dengan aspirasi negara untuk melonjakkan gagasan Ekonomi MADANI demi menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh. Para graduan yang dikasihi, kejayaan menamatkan pengajian pada hari ini merupakan suatu pencapaian yang amat membanggakan. Namun sedarlah, kejayaan ini bukanlah satu titik noktah, sebaliknya ia adalah titik tolak kepada fasa perjalanan yang jauh lebih besar. Dalam mendepani era revolusi teknologi dan ekonomi digital yang berkembang pesat, dunia hari ini mendambakan graduan yang bukan sahaja sarat dengan ilmu di dada, malah holistik dengan daya tahan yang tinggi, minda yang kreatif, serta keberanian yang jitu untuk meneroka dan mencipta peluang-peluang baharu. Justeru, saya menyeru para graduan sekalian agar tidak membataskan potensi diri sebagai pencari pekerjaan semata-mata. Sebaliknya, beranilah tampil ke hadapan sebagai pencipta peluang pekerjaan, pelopor inovasi, dan penggerak perubahan. Berbekalkan semangat keusahawanan yang utuh, saudara dan saudari bukan sahaja mampu membuka luas pintu rezeki buat masyarakat, malah berupaya memangkin pertumbuhan ekonomi, serta memainkan peranan penting dalam mengukuhkan asas negara yang lebih maju, berdaya tahan, dan sejahtera. Akhirul kalam, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak MARA serta seluruh warga pendidik atas dedikasi dan komitmen jitu dalam mencetak modal insan yang berkualiti tinggi. Buat para graduan yang diraikan, julang dan peliharalah nama baik keluarga, institusi, serta negara di mana jua kaki melangkah. Semoga kejayaan manis pada hari ini menjadi batu loncatan yang kukuh ke arah melakar kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa hadapan. Tahniah dan Selamat Maju Jaya!. Sekian, terima kasih. YB DATUK HAJAH RUBIAH BINTI HAJI WANG Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah MAJLIS GRADUASI PERDANA KOLEJ MARA 2026 7

Kerajaan menerusi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sentiasa

SEULAS BICARA

YBHG. DATUK WIRA DR. ASYRAF WAJDI BIN DATO’ DUSUKI Pengerusi MARA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya, Majlis Graduasi Perdana Kolej MARA 2026 dapat berlangsung dengan penuh gemilang. Sekalung tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua graduan yang meraikan detik bersejarah ini bersama keluarga tercinta. MAJLIS GRADUASI PERDANA KOLEJ MARA 2026 8

SEULAS BICARA

MARA memikul amanah besar untuk memajukan pendidikan, ekonomi dan

sosial masyarakat Bumiputera. Setiap graduan yang dihasilkan oleh institusi pendidikan MARA adalah sebahagian daripada legasi perjuangan ini. Segulung diploma dan sijil yang diterima pada hari ini bukan sahaja milik para graduan, malah menjadi lambang kejayaan sebuah amanah yang dipikul bersama oleh seluruh warga MARA sejak lebih enam dekad yang lalu. Para graduan yang saya kasihi, ingatlah bahawa kejayaan sejati bukan diukur pada apa yang kita miliki, tetapi pada apa yang kita sumbangkan. Jadilah duta MARA yang membawa nilai integriti, ketekunan dan semangat untuk menyumbang bakti kepada agama dan negara. Kejayaan anda hari ini wajar menjadi inspirasi kepada adik-adik yang bakal mengikut jejak langkah anda di institusi pendidikan MARA. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa, para pendidik dan seluruh warga kerja yang menjadi tulang belakang kejayaan ini. Semoga MARA terus unggul sebagai peneraju pembangunan modal insan Bumiputera, dan semoga para graduan terus mengorak langkah menuju puncak kecemerlangan. Sekian, terima kasih. DATUK WIRA DR. ASYRAF WAJDI BIN DATO’ DUSUKI Pengerusi MARA MAJLIS GRADUASI PERDANA KOLEJ MARA 2026 9

MARA memikul amanah besar untuk memajukan pendidikan, ekonomi dan



Flipbook Gallery

Magazines Gallery

Catalogs Gallery

Reports Gallery

Flyers Gallery

Portfolios Gallery

Art Gallery

Home


Fleepit Digital © 2021