Penerbitan Universiti Malaya Kuala Lumpur 2025 menyajikan Kamus Istilah Berilustrasi Kraf Tangan Songket, sebuah kamus pertama dalam bahasa Melayu yang diselaraskan dengan kehendak Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu dan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu. Matlamat utama kamus ini adalah untuk melengkapkan proses pembinaan dan pengembangan terminologi bahasa Melayu, serta menjadi sumber rujukan berguna kepada pelajar, pengkaji peristilahan, dan masyarakat umum (p. vi).
Kamus Istilah Berilustrasi Kraf Tangan Songket disusun dengan izin Allah S.W.T. dan berkat iltizam semua pihak yang terlibat. Kamus ini menjadi sumbangan penting dalam pembinaan dan pengembangan terminologi bahasa Melayu. Diharapkan kamus ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca dengan menjadi sumber rujukan yang berguna. Penghargaan setinggi-tinggi disampaikan kepada semua yang terlibat dalam penyusunan kamus ini (p. vi).