Program transformasi minda

Program




Program

Staf UniSZA 2024 23-27 Jun 2024 (Ahad-Khamis) Tanjung Demong Beach Resort, Bukit Keluang, Besut, Terengganu. World University Rankings 2024 TOP1500 (601-800 for Clinical and Health) www.unisza.edu.my uniszaedumy

Program

Program Siri 1/2024

Transformasi Minda (PTM ) Staf UniSZA 2024 PENGENALAN Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan. OBJEKTIF Objektif PTM adalah untuk: a) Memberi pendedahan mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam; b) Memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme pegawai supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam; c) Menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan; dan d) Menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju. PEGAWAI YANG DISYARATKAN Pegawai yang disyaratkan mengikut PTM adalah:a) Pegawai lantikan pertama pada atau selepas 1 Januari 2013 yang berkhidmat secara tetap dalam perkhidmatan awam; dan b) Pegawai dalam tempoh percubaan dan belum menghadiri Kursus Induksi – Modul umum. www.unisza.edu.my

Program Siri 1/2024

Program Siri 1/2024

Transformasi Minda (PTM ) Staf UniSZA 2024 KERANGKA KURIKULUM Rangka kurikulum PTM mengandungi tiga (3) segmen, iaitu Segmen Negara dan Perkhidmatan Awam; Tanggungjawab dan Peranan Pegawai; serta Budaya Kerja Kelas Pertama. 1. Segmen I : Negara dan Perkhidmatan Awam merangkumi: a) Overview Perkhidmatan Awam b) Sistem Pentadbiran Negara c) Hala Tuju Negara d) Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia 2. Segmen II : Tanggungjawab dan Peranan Pegawai merangkumi: a) Peranan dan Kemudahan Pegawai Awam b) Pengurusan Integriti dan keselamatan c) Tatakelakuan dan Tatatertib Perkhidmatan Awam d) Laluan Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam 3. Segmen III : Budaya Kerja Kelas Pertama merangkumi: a) Pengurusan Intra Personel dan Inter Personel b) Pengenalan Kepada Kompentensi Generik www.unisza.edu.my

Program Siri 1/2024

Program Siri 1/2024

Transformasi Minda (PTM ) Staf UniSZA 2024 GARIS PANDUAN PENILAIAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) 1. Pendahuluan Garis panduan penilaian Program Transformasi Minda (PTM) adalah untuk menjelaskan kaedah yang digunakan untuk melaksanakan urusan penilaian sepanjang program. 2. Kaedah Penilaian Penilaian terhadap peserta dibuat secara penilaian sepanjang program. 3. Kriteria Penilaian Sepanjang Program Penilaian sepanjang program dijalankan berasaskan kepada tiga (3) kriteria utama dengan markah seperti berikut: Bil. 1. Kriteria Penilaian Utama Markah Disiplin Kehadiran Tingkah laku 50 Ketepatan masa Personaliti Etika berpakaian Komunikasi 2. Komitmen Penglibatan dalam aktiviti 30 Kerjasama kumpulan 3. Penilaian Kefahaman Jumlah keseluruhan 20 100 www.unisza.edu.my

Program Siri 1/2024

Program Siri 1/2024

Transformasi Minda (PTM ) Staf UniSZA 2024 4. Perincian Kriteria Penilaian Utama Kriteria penilaian yang diambil kira oleh fasilitator hendaklah merangkumi ciri-ciri berikut: a) Disiplin dan personaliti (50 markah) Mematuhi peraturan yang telah ditetapkan sepanjang program; Menghormati rakan, fasilitator dan mengamalkan sifat-sifat yang positif; individu lain serta sentiasa Menghadiri sepenuhnya dalam semua aktiviti yang dirancang sepanjang program; Menepati masa permulaan setiap aktiviti sepanjang program; Kesanggupan menerima dan melaksanakan bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja; arahan serta Personaliti iaitu dari segi sikap, gaya berbicara dan kesopanan; Keupayaan menyesuaikan diri dan reaksi terhadap persekitaran yang sentiasa berubah; Mengamalkan etika berpakaian yang sopan dan kemas; Kebolehan berkomunikasi iaitu kebolehan menyampaikan maksud dan pendapat dengan jelas dan teratur; Pemarkahan untuk disiplin dan personaliti dibuat mengikut pencapaian markah seperti berikut: Pencapaian Markah A 45 - 50 B 0 - 44 b) Komitmen (30 markah) Penglibatan dan penyertaan yang aktif semasa program dilaksanakan; Semangat kerjasama yang tinggi sesama rakan. Fasilitator dan individu lain; Sentiasa memberikan keutamaan terhadap aktiviti program; www.unisza.edu.my

Program Siri 1/2024

Program Siri 1/2024

Transformasi Minda (PTM ) Staf UniSZA 2024 Kebolehan mengemukakan idea atau cadangan dalam membantu menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi bersama; Penghasilkan kerja yang berkualiti dan menepati masa yang ditentukan. Permarkahan untuk komitmen dibuat mengikut pencapaian markah seperti berikut: Pencapaian Markah A 16 - 30 B 0 - 15 c) Penilaian Kefahaman (20 Markah) Keupayaan untuk menjawab soalan dengan tepat dan betul; Keupayaan untuk modul yang telah dipelajari; Keupayaan untuk menguasai pengetahuan asas segmen-segmen yang telah dipelajari; Soalan penilaian adalah sebanyak 20 soalan berbentuk objektif atau subjektif; Setiap peserta diwajibkan menduduki penilaian kefahaman. Pemarkahan untuk penilaian kefahaman dibuat mengikut pencapaian markah seperti berikut: Pencapaian Markah A 11 - 20 B 0 - 10 www.unisza.edu.my

Program Siri 1/2024

ARAHAN :

Jumlah markah Keseluruhan LAPORAN PENILAIAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (b) Komitmen (c) Penilaian Kefahaman Penilaian ini adalah SULIT dan anda dikehendaki menilai secara jujur dan ikhlas. (a) Disiplin & Personaliti (a+b+c) Fasilitator dikehendaki mencatatkan markah mengikut kriteria yang telah ditetapkan. No. KP (20) 2. Nama (30) 1. Bil (50) Catatan Kembaran A Staf UniSZA 2024 Program Siri 1/2024 Transformasi Minda (PTM ) ***Nota: Bagi pegawai yang mengulang semula PTM mengikut segmen, pemarkahan akan dibuat secara purata. PENCAPAIAN : Tarikh: 60 markah dan ke atas 59 markah dan ke bawah Tidak hadir aktiviti Disediakan oleh fasilitator: Tarikh: Hadir Dengan Jaya: Gagal: Tidak Melengkapkan PTM: Disediakan oleh Ketua Urus Setia: www.unisza.edu.my

ARAHAN :

Program Siri 1/2024

Transformasi Minda (PTM ) Staf UniSZA 2024 NILAI TERAS UniSZA 4 Nilai Teras : • Ilmu • Iman • Amal • Akhlak VISI, MISI & MOTTO UniSZA Visi Menjadi Peneraju kepada Universi� Islam Integrasi Kontemporari Misi Membentuk Insan holis�k menerusi pendidikan cemerlang dan penyelidikan berimpak �nggi berasaskan pengalaman pintar untuk melestarikan masyarakat Motto Ilmu Demi Faedah Insan (Knowledge for the Benefit of Humanity) www.unisza.edu.my

Program Siri 1/2024

NEGARAKU

Negaraku Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup bersatu dan maju, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan. Raja kita selamat bertakhta LAGU PERKHIDMATAN AWAM Kita memegang amanah bangsa Kita juga telah berikrar Taat se�a korban tenaga Bela bangsa dan negara E�ka kerja kita amalkan Tekun jujur dan berbudaya Gandakan hasil dan pembangunan Berkhidmat bak� berjasa Agama asas pegangan Perlembagaan negara dijulang Rukun negara jadi pedoman Kitalah benteng Malaysia LAGU NEGERI TERENGGANU Allah Daulatkan Tuanku Sultan Terengganu Darul Iman Allah Peliharakan Tuanku Sultan Sejahtera Sepanjang Zaman Allah Rahmatkan Tuanku Sultan Memerintah Rakyat Aman LAGU UniSZA Universi� Sultan Zainal Abidin Impian menjadi reali� Cipta keagungan Tamadun gemilang Demi Bangsa Dan Kedaulatannya Universi� Sultan Zainal Abidin Menjadi kebanggaan kita Budaya cemerlang, berwawasan Melahirkan sarjana terbilang Ilmu Demi Faedah Insan Dikaji rahsia di muka bumi Di lautan biru, di langit yang �nggi Mencari kebesaran Mu Universi� Sultan Zainal Abidin Bangga ku menjadi warga mu Terus cemerlang, mencipta kejayaan Demi Agama Bangsa dan Negara www.unisza.edu.my

NEGARAKU



Flipbook Gallery

Magazines Gallery

Catalogs Gallery

Reports Gallery

Flyers Gallery

Portfolios Gallery

Art Gallery

Home


Fleepit Digital © 2021