mat

SEKOLAH KEBANGSAAN LEGEH




SEKOLAH KEBANGSAAN LEGEH

17700 AYER LANAS, JELI, KELANTAN TEL : 09-9466101 FAX : 09-9466100 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41 SESI 2025/2026 DIRASMIKAN OLEH: YB TUAN ZAHARI BIN KECHIK (PENGERUSI PENGGERAK KOMUNITI JELI) KHAMIS 12 JUN 2025 2.00 PETANG DEWAN SK LEGEH

SEKOLAH KEBANGSAAN LEGEH

ISI KANDUNGAN

TARUS AKUM 1 ARAKREP ISI KANDUNGAN SURAT JEMPUTAN MESYUARAT 2 ATUR CARA 3 SEKAPUR SIREH DARIPADA PENASIHAT PIBG 5 - 4 SEULAS PINANG DARIPADA YDP PIBG SESI 2024/2025 7 - 6 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41 01 - 8 CARTA ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2024/2025 11 KEHADIRAN MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2024/2025 21 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41 31 SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40 71 - 41 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40 72 - 81 LAPORAN AKTIVITI PIBG 2024/2025 82 LAPORAN PENYATA KEWANGAN 2024/2025 92 53 CATATAN 43 PENGHARGAAN 33 PENCAPAIAN SEKOLAH 23 LAMPIRAN SENARAI NAMA ANUGERAH KECEMERLANGAN UPKK 2024 13 AJK PIBG 2025/2026 03 USUL/CADANGAN 1

ISI KANDUNGAN

SURAT JEMPUTAN

2

SURAT JEMPUTAN

ATUR CARA

1.30 PETANG Pendaftaran ibu bapa dan guru Kehadiran dif jemputan Ceramah Jenayah Seksual di kalangan remaja dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 2.00 PETANG Nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Negeri (Selamat Sultan) Persembahan Selamat Datang Ucapan aluan Pengerusi Majlis Bacaan doa Ucapan YDP PIBG Ucapan Guru Besar Ucapan Perasmian Tayangan Multimedia Penyampaian Anugerah Khas Penyampaian Cenderahati AJK Cenderahati UPKK Cenderahati Murid SBP (2024) Penyampaian Cenderahati Perasmi Cabutan bertuah 3.30 PETANG Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 dimulakan Ucapan Yang Dipertua PIBG Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Bil.40/2024 Membentang dan mengesahkan Laporan Tahunan / Aktiviti 2024 Membentang dan menerima penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2024 Membahaskan usul-usul Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2024/2025 Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2025/2026 Pemilihan Juruaudit Dalaman Hal-hal lain Ucapan Penangguhan Cabutan bertuah 5.00 PETANG Majlis dijangka selesai dan bersurai 3

ATUR CARA

SEKAPUR SIREH DARIPADA

PENASIHAT PIBG Tuan Guru Besar memanjatkan kesyukuran atas kejayaan mengadakan mesyuarat PIBG pada hari ini dan mesyuarat ini merupakan kali pertama buat beliau sebagai pentadbir di SK Legeh. Beliau merakamkan sekalung penghargaan atas kehadiran Yang Berusaha Ustaz Badrulzaman bin Hussin dan kesudian beliau untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Legeh kali ke-40 serta mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir pada mesyuarat PIBG pada tahun ini. Beliau juga yakin dan percaya dengan seluruh warga pendidik SK Legeh yang telah berusaha menjalankan tugas dan amanah dengan penuh tanggungjawab demi meningkatkan kecemerlangan ademik, kokurikulum dan sahsiah anak-anak. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan antara mekanisma penting dalam mewujudkan pendidikan yang berkualiti di sekolah. Menerusi PIBG, banyak program dan aktiviti yang boleh diatur dalam mengatasi pelbagai kekangan yang boleh mencacatkan iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah. Pendidikan merupakan satu pelaburan yang menjadi penanda aras kepada kecemerlangan sesebuah sekolah. Justeru, adalah menjadi misi dan visi sekolah untuk membangunkan potensi individu melalui Pendidikan berkualiti sekaligus memenuhi aspirasi pendidikan nasional. Misi dan visi sekolah hanya dapat direalisasikan seandainya PIBG membulatkan tekad, memperteguh muafakat dan berusaha secara sepadu. Beliau berterima kasih kepada semua AJK PIBG, ibu bapa, guru-guru serta semua murid SK Legeh yang telah menjayakan Program Gotong-Royong Perdana yang telah diadakan pada 23 Mei 2024 (Khamis). Program ini merupakan satu inisiatif untuk meningkatkan lagi keceriaan sekolah sebagai usaha untuk mengoptimumkan lagi sesi pembelajaran anak-anak di sekolah. Ramai ibu bapa yang dapat menghadirkan diri walaupun terikat dengan komitmen masing-masing tapi itulah yang menjadi tunggak utama kepada kemenjadian kesepakatan warga PIBG SK Legeh. 4

SEKAPUR SIREH DARIPADA

SEKAPUR SIREH DARIPADA

PENASIHAT PIBG Beliau juga berterima kasih kerana berjaya menyelesaikan masalah longkang tersumbat yang dihadapi. Insya Allah, program seumpama ini akan dijalankan lagi kerana pihak sekolah masih mempunyai dana dan berharap agar program seumpama ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Beliau juga turut berkongsi kejayaan yang telah dicapai oleh anak-anak murid SK Legeh hingga ke peringkat kebangsaan. Seramai 4 orang bekas murid SK Legeh turut berjaya manyambung persekolahan di sekolah-sekolah berasrama penuh. Kerjasama daripada semua pihak amat diharapkan bagi melahirkan anak-anak yang lebih cemerlang di masa hadapan. Kepakaran para guru dan kepakaran ibu bapa yang berbeza merupakan pemangkin kejayaan anak-anak. Beliau menekankan tentang kehadiran anak-anak ke sekolah. Ibu bapa perlu lebih peka untuk memastikan abak-anak hadir ke sekolah kerana kehadiran anak-anak ke sekolah merupakan pemangkin kejayaan anak-anak. Kehadiran murid agak kurang memberangsangkan. Jadi, pihak sekolah telah mengadakan pelbagai program bagi meningkatkan keceriaan kawasan sekolah seperti gotong-royong perdana. Antara inisiatif yang telah diambil ialah Program Ziarah Cakna oleh PK HEM. Beliau berharap agar ibu bapa lebih cakna akan ketidakhadiran anak-anak ke sekolah dan membantu mereka untuk menghadirkan diri ke sekolah. Guru Besar menyatakan bahawa PIBG merupakan tulang belakang sekolah, maka AJK yang dilantik memainkan peranan yang amat penting dalam merealisasikan segala program sekolah. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada AJK PIBG sesi 2023/2024 dan memaklumkan berkaitan AJK PIBG tahun lepas dikekalkan untuk sesi 2024/2025. Beliau berharap agar AJK dapat memikul tanggungjawab dengan baik dan seterusnya memacu PIBG serta SK Legeh ke arah yang lebih cemerlang. EN NAZA BIN MUSTAPHA Guru Besar SK Legeh 5

SEKAPUR SIREH DARIPADA

SEULAS PINANG DARIPADA

YDP PIBG SESI 2024/2025 Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Berusaha En Naza bin Mustapha, Guru Besar SK Legeh. Barisan Penolong-Penolong Kanan, guru-guru dan ibu bapa yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul sekali lagi bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 pada tahun ini. Saya mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang telah dapat meluangkan masa untuk hadir pada hari ini. Pertama sekali, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua AJK PIBG kerana sekali lagi telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini. Sesungguhnya Mesyuarat Agung ini merupakan platform terbaik untuk semua ibu bapa bertemu muka bagi berkongsi idea dan pendapat yang bernas untuk melonjakkan lagi kecemerlangan sekolah sama ada dalam akademik mahupun kokurikulum. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini merupakan pembentangan perancangan dan pelaksanaan aktiviti sepanjang tahun 2025 selain dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dan para waris. Di samping dapat merapatkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa, perjumpaan ini juga membolehkan kedua-dua pihak berbincang serta memberi pandangan masing-masing untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah mahupun dalam pembentukan sahsiah anak-anak serta pembangunan infrastruktur sekolah bagi mewujudkan zon selesa dalam kalangan anak-anak SKL. Mesyuarat ini juga diharapkan dapat membuka peluang kepada kedua-dua pihak memberikan buah fikiran dan tenaga bagi transformasi kemajuan pendidikan anak-anak kita. Adalah menjadi harapan saya selaku YDP PIBG sekolah ini agar ibu bapa dapat memberi sepenuh jiwa dan raga bagi membantu meningkatkan kemajuan sekolah dari semasa ke semasa. 6

SEULAS PINANG DARIPADA

SEULAS PINANG DARIPADA

YDP PIBG SESI 2024/2025 Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, pihak PIBG sentiasa peka dan prihatin dengan setiap sumbangan daripada ibu bapa. Sumbangan tersebut bukan semata-mata wang ringgit tetapi kerjasama daripada ibu bapa untuk memastikan anak-anak sentiasa hadir ke sekolah. Sokongan dan dorongan daripada ibu bapa itulah yang lebih utama dan penting sebagai kunci kejayaan anak-anak. Oleh itu, saya menyeru agar ibu bapa turut membantu anak-anak dalam proses pembelajaran mereka. Sebelum saya mengundur diri, saya memohon kemaafan kepada semua hadirin sekiranya di sepanjang ucapan saya terdapat kata-kata yang kurang menyenangkan. Izinkan saya akhiri ucapan ini dengan serangkap pantun. Bunga dipetik di puncak gunung, Letaknya tinggi nun jauh di barat, Bulatnya air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat. Sekian, terima kasih. MOHD ZAIDI BIN MUSTAFA YDP PIBG SK LEGEH 7

SEULAS PINANG DARIPADA

JAWATANKUASA PELAKSANA

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41 PENASIHAT (EX-OFFICIO) EN NAZA BIN MUSTAPHA (GURU BESAR SK LEGEH) PENGERUSI EN MOHD ZAIDI BIN MUSTAFA (YANG DIPERTUA PIBG SK LEGEH) TIMBALAN PENGERUSI EN FAIZAL BIN ISMAIL (NAIB YANG DIPERTUA PIBG SK LEGEH) NAIB PENGERUSI 1 PN ZURITA BT MOHD NOR (GPK KURIKULUM SK LEGEH) NAIB PENGERUSI 2 EN NOOR AZMAN BIN ZAKARIA (GPK HEM SK LEGEH) NAIB PENGERUSI 3 CIK NAZMAWATY BT KASSIM (GPK KOKURIKULUM SK LEGEH) SETIAUSAHA PN ZARIDAH BT ABDULLAH BENDAHARI EN MOHD SABRI BIN AB HALIM SARANA PN AMIDATUL MURSYIDAH BT MOHAMED 8

JAWATANKUASA PELAKSANA



Flipbook Gallery

Magazines Gallery

Catalogs Gallery

Reports Gallery

Flyers Gallery

Portfolios Gallery

Art Gallery

Home


Fleepit Digital © 2021