LTPK_UniMAP_2022_Lengkap

LAPORAN TAHUNAN




LAPORAN TAHUNAN

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

LAPORAN TAHUNAN

UNIVERSITI

MALAYSIA PERLIS Kandungan BAB 1 MUKA SURAT SUMBER MANUSIA PROFIL UNIVERSITI Misi, Visi, Nilai Teras, Objektif dan Matlamat & Falsafah Sekilas Pandang Canselor Pro Canselor Lembaga Pengarah Universiti Pegawai Utama Universiti Ahli Senat Ketua Jabatan Struktur Organisasi 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 3 4 5 7 9 10 11 15 17 BAB 3 LAPORAN NAIB CANSELOR 19 22 BAB 4 PENCAPAIAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA 4.1 4.2 Teras : Pengukuhan Akademik Teras : Pemerkasaan Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersialan Teras : Kesejahteraan Pelajar Teras : Pengantarabangsaan Teras : Libat Sama Dan Pembangunan Komuniti Teras : Kecemerlangan Bakat Teras : Pemantapan Infrastruktur Teras : Kelestarian Kewangan 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 i Universiti Malaysia Perlis 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6 5.7 Perjawatan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan dan Saraan Rekod dan Pasca Perkhidmatan Pelan Penggantian Latihan dan Pengukuhan Bakat Kemajuan Kerjaya 41 42 42 43 45 48 51 BAB 6 HAL EHWAL AKADEMIK BAB 2 PERUTUSAN PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH BAB 5 MUKA SURAT 33 34 35 36 36 37 38 39 6.1 Bilangan Program Pengajian Yang Ditawarkan oleh UniMAP 6.2 Enrolmen Pelajar 6.3 Enrolmen Pelajar Antarabangsa 6.4 Statistik Graduan 2022 6.5 Pelajar Antarabangsa 6.6 iGOT 6.7 Enrolmen Graduan 6.8 Pembelajaran Dalam Talian 6.9 Profesor Adjung, Pemeriksa Luar dan Panel Penasihat Industri 6.10 Syarahan / Seminar / Persidangan 6.11 Penilaian Akreditasi Di Bawah Majlis Akreditasi Kejuruteraan (EAC) dan Majlis Akreditasi Teknologi Kejuruteraan (ETAC) 6.12 Status Akreditasi Program Prasiswazah UniMAP 6.13 Pengiktirafan Dalam Bidang Profesional 55 57 58 61 64 64 65 65 67 70 73 77 77

UNIVERSITI

BAB 7

Kandungan MUKA SURAT PENGANTARABANGSAAN 7.1 7.2 7.3 7.4 Mobiliti Staf ‘Outbound’ Mobiliti Staf ‘Inbound’ Senarai Program Mobiliti Lawatan UniMAP ke Universiti/ Institusi Luar Negara 7.5 Lawatan Universiti/Institusi Luar Negara ke UniMAP 79 79 83 86 89 BAB 8 93 94 MUKA SURAT 11.1 Memorandum Persefahaman (MoU) 2022 11.2 Memorandum Perjanjian (MoA) 2022 11.3 Surat Hasrat (Lol) 2022 137 KERJASAMA DAN HUBUNGAN LUAR 142 144 BAB 12 12.1 12.2 12.3 12.4 Laporan Kebolehpasaran Graduan Aktiviti Hubungan Industri Program Keusahawanan Pencapaian Teras Kesejahteraan Pelajar UniMAP 2022 147 159 167 168 BAB 13 TANGGUNGJAWAB SOSIAL UNIVERSITI KECEMERLANGAN MAHASISWA DAN PEMERKASAAN ALUMNI 99 100 104 110 111 111 112 115 117 119 BAB 10 175 BAB 14 PRASARANA INFRASTRUKTUR DAN INFOSTRUKTUR 179 14.1 Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Hala Tuju Masa Hadapan 14.2 Pencapaian Perkhidmatan Pengurusan dan Pembangunan Digital 14.3 Pembangunan Kampus 182 197 BAB 15 AUDIT DALAMAN 203 203 15.1 Pengenalan Audit Dalam 15.2 Jawatankuasa Audit PENERBITAN 10.1 Pengenalan Penerbitan 10.2 Anugerah Penerbitan Buku 10.3 Pemasaran dan Penjualan Bahan Terbitan BAB 11 95 BAB 9 9.1 Ringkasan Kejayaan dan Pencapaian Tahun 2022 9.2 Kesenian, Kebudayaan dan Bakat 9.3 Pencapaian Sukan 9.4 Penajaan Biasiswa 9.5 Laporan Tahunan Pillars 9.6 Laporan Tabung Dedikasi 9.7 Pinjaman dan Kebajikan 9.8 Aktiviti Pelajar 9.9 Kursus/Latihan, Kepimpinan dan Kesukarelawan 9.10 Alumni UniMAP UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS KEUSAHAWANAN, JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI 8.1 Geran Penyelidikan 8.2 Pencapaian Inovasi dan Pengkomersialan 8.3 Pendaftaran Perlindungan Harta Intelek LAPORAN TAHUNAN 125 132 132 BAB 16 LAPORAN KEWANGAN 207 16.1 Laporan Prestasi Kewangan Tahun 2022 16.2 Penyata Kewangan UniMAP bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 Ilmu.Keikhlasan.Kecemerlangan 216 ii

BAB 7


BAB 1

PROFIL UNIVERSITI 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 Misi, Visi, Nilai Teras, Objektif dan Matlamat & Falsafah Sekilas Pandang Canselor Pro Canselor Lembaga Pengarah Universiti Pegawai Utama Universiti Ahli Senat Ketua Jabatan Struktur Organisasi

BAB 1

UNIVERSITI

MALAYSIA PERLIS 1.1 Misi, Visi, Nilai Teras, Objektif dan Matlamat & Falsafah VISI MISI NILAI TERAS Melahirkan insan kamil yang Universiti Teknikal yang ILMU menyumbang kepada agenda berdaya saing di persada KEIKHLASAN pembangunan dan daya antarabangsa. KECEMERLANGAN saing industri negara. OBJEKTIF MATLAMAT & FALSAFAH PELAJAR : Untuk membangunkan pemimpin masa depan yang holistik melalui pendidikan menyeluruh yang mempraktikkan ilmu pengetahuan dan kemahiran. RANGKAIAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA / MTUN : Untuk memainkan peranan dalam pengajian tinggi TVET demi pembangunan industri negara. KOMUNITI : Untuk menjadi pemangkin perkongsian ilmu dan teknologi dengan masyarakat. FAKULTI DAN STAF : Untuk menyediakan persekitaran yang memberdayakan pembangunan intelektual dan profesional. PENYELIDIKAN: Untuk menjana ilmu baharu melalui usaha penyelidikan yang strategik bagi manfaat manusiawi. BUDAYA KAMPUS : Untuk membangunkan persekitaran intelektual yang kondusif bagi perkongsian ilmu, pandangan, budaya serta idea dalam usaha mencapai kemampanan. PEMBANGUNAN BANGSA : Untuk menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara dan memperkaya budaya Malaysia. 3 Universiti Malaysia Perlis Program kejuruteraan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mempunyai matlamat untuk menghasilkan graduan kejuruteraan yang berkelayakan dalam pelbagai bidang strategik yang berupaya mencari penyelesaian kepada pelbagai bentuk masalah menerusi pemikiran yang inovatif. Kursus kejuruteraan yang dijalankan di universiti pada dasarnya menitikberatkan kepada lab-intensive dengan memberi lebih penekanan kepada amali. Kursus-kursus yang ditawarkan menyatukan teori dengan amali mengikut keperluan industri. Semasa mengikuti kursus, pelajar juga akan dibekalkan dengan kemahiran pengurusan, perakaunan, keusahawanan, kemahiran berkomunikasi, kokurikulum dan pembangunan sahsiah. Ini bertujuan untuk melahirkan jurutera yang bukan sahaja cekap dalam bidang berteknologi tinggi yang mereka ikuti, tetapi juga berkebolehan untuk berdikari dan mempunyai sifat mulia dan terpuji.

UNIVERSITI

LAPORAN TAHUNAN

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS 1.2 SEKILAS PANDANG Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) telah diluluskan penubuhannya oleh Jemaah Menteri pada 25 Julai 2001. Pada 1 April 2002, Universiti Awam ke -17 ini mula beroperasi di bangunan Yayasan Pok & Kassim, Kubang Gajah, Arau, Perlis. Naib Canselornya yang pertama, Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin telah dilantik pada 16 Februari 2002. Setelah lima tahun bertapak di bumi Perlis, universiti ini telah dijenamakan semula daripada KUKUM kepada UniMAP pada 1 Februari 2007. UniMAP mempunyai tiga kampus utama iaitu di bandar Kangar, di Pauh Putra serta di Sungai Chuchuh. UniMAP memulakan pengambilan sulung pelajarnya pada 20 Jun 2002 dengan jumlah pelajar 116 orang. Kini UniMAP telah mempunyai seramai 11,280 pelajar, iaitu terdiri daripada 9,726 pelajar Program Ijazah Sarjana Muda, 1,554 pelajar Program Diploma dan 1,118 pelajar Program Pascasiswazah. Untuk melaksanakan tanggungjawabnya, UniMAP memiliki 2,113 staf, iaitu terdiri daripada 1128 staf Kumpulan Pengurusan Dan Profesional (Akademik), 222 staf Kumpulan Pengurusan Dan Profesional (Pentadbiran) dan 763 staf Kumpulan Pelaksana. Secara umumnya, UniMAP ditubuhkan untuk melahirkan jurutera berkemahiran tinggi bagi memenuhi pelan perindustrian negara. Program pengajian yang ditawarkan di UniMAP merangkumi pelbagai bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang bertujuan menghasilkan tenaga kerja berkemahiran tinggi. UniMAP juga menawarkan program pengajian alternatif kepada pelajar yang cenderung kepada pembelajaran secara praktikal. UniMAP ialah salah satu daripada empat buah universiti awam dalam Rangkaian Universiti-universiti Teknikal Malaysia (Bahasa Inggeris : Malaysian Technical University Network (MTUN). UniMAP menawarkan program akademik yang bukan sahaja diiktiraf oleh MQA dan badan-badan akreditasi yang berkenaan tetapi juga program yang memenuhi kehendak pasaran dan pemegang taruh. Program akademik yang ditawarkan menggunakan kurikulum yang holistik yang memberi penekanan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan pengalaman. UniMAP turut menubuhkan Pusat TVET UniMAP yang disokong 10 makmal industri dengan set kemahiran yang selari dengan industri perlukan. UniMAP sentiasa berusaha mengambil pelbagai inisiatif bagi melahirkan mahasiswa universiti yang berupaya memenuhi kehendak industri memandangkan industri sentiasa memerlukan tenaga kerja yang kompeten serta bersedia bekerja dengan kemahiran yang diperlukan. Ilmu.Keikhlasan.Kecemerlangan 4

LAPORAN TAHUNAN

UNIVERSITI

MALAYSIA PERLIS 1.3 CANSELOR DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA IBNI TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL D.K., S.P.M.P., P.A.T. Doctor of Education (Honoris Causa), La Trobe University Melbourne, Australia Honorary Doctorate in Management Sciences, Yala Rajabhat University, Thailand RAJA MUDA PERLIS 5 Universiti Malaysia Perlis

UNIVERSITI

LAPORAN TAHUNAN

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah diputerakan pada tanggal 30 Disember 1967, hasil ikatan kasih sayang antara DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis dan DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis. Baginda merupakan putera sulung bagi pasangan DiRaja itu. Baginda memulakan alam persekolahan peringkat rendah pada tahun 1974 di Sekolah Rendah Kebangsaan Putra, Kangar, Perlis dan peringkat menengah pada tahun 1980 di Sekolah Menengah Derma, Kangar, Perlis dan seterusnya menyambung pengajian di Sekolah Menengah Penang Free School, Pulau Pinang pada tahun 1983. Baginda kemudiannya berangkat ke Melbourne, Australia pada tahun 1984 untuk melanjutkan pelajaran di Carey Grammar School, Kew dengan memasuki tingkatan lima dan kemudian mengikuti pengajian matrikulasi sehingga tahun 1985. Baginda kemudiannya melanjutkan pengajian di La Trobe University, Bundoora, Melbourne. Baginda memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (B.Ec.) pada tahun 1989. Dalam tahun 2002, baginda diiktiraf dengan La Trobe Medal, iaitu gelaran penghormatan tertinggi bagi universiti tersebut. Baginda adalah penerima kedua anugerah tersebut, selepas Presiden negara Greece. Bermula tahun 1990 hingga 1998, Baginda menjawat pelbagai jawatan bersama Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) di mana jawatan terakhir sebagai Pengurus kawasan bagi Switzerland, Austria dan Eropah Tengah. Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah mendirikan rumahtangga dengan DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil pada 9 Mei 1994 dan dikurniakan dua orang puteri dan seorang putera, Yang Amat Mulia Sharifah Khatreena Nuraniah, Yang Amat Mulia Sharifah Farah Adriana dan Yang Amat Mulia Syed Sirajuddin Areeb Putra. Baginda telah dianugerahkan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.) sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Tuanku Raja Perlis pada tahun 1998. Pada tahun 2000 pula, baginda dianugerahkan gelaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis dan baginda memainkan peranan dan fungsi rasmi sebagai Raja Muda selepas perisytiharan rasmi dilangsungkan pada 12 Oktober 2000. Baginda telah dilantik sebagai Pemangku Raja Perlis pada 12 Disember 2001 untuk tempoh lima tahun apabila DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke–12. Pada tarikh tersebut juga baginda dikurniakan Bintang kebesaran Darjah Kerabat Perlis (D.K.). Dengan pelantikkan tersebut, pada 1 September 2003, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah dilantik sebagai Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang pertama. Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merupakan seorang peminat bola sepak. Semasa zaman persekolahan, baginda turut mewakili pasukan negeri dalam kejohanan bola sepak Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia. Baginda juga merupakan peminat setia pasukan Manchester United. Pada masa kini, baginda juga merupakan peneraju Rejimen 504 Askar Wataniah sebagai Komander berpangkat Brigedier Jeneral. Baginda juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Presiden Kelab Golf Putra Perlis. Baginda juga adalah penaung bagi Persatuan Alumni La Trobe University Malaysia (PALTUM), Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Perlis, Malaysia Chefs Association, Projek Bola Sepak Ken Barnes Soccer Skills SeMalaysia, Persatuan Boling Padang Perlis, serta Pertubuhan Jemaah Dato’- Dato’ Perlis. Selain itu, baginda juga telah dilantik sebagai Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP), sebuah institusi kebajikan yang banyak mengambil berat terhadap kemajuan pendidikan dan peningkatan taraf hidup rakyat. Sebagai seorang anak Raja yang berjiwa rakyat baginda amat dikasihi oleh setiap lapisan masyarakat di Negeri Perlis ini. Ilmu.Keikhlasan.Kecemerlangan 6

LAPORAN TAHUNAN



Flipbook Gallery

Magazines Gallery

Catalogs Gallery

Reports Gallery

Flyers Gallery

Portfolios Gallery

Art Gallery

Home


Fleepit Digital © 2021