Archive Collection v.9-14 2021

Vol. 9. Januari 2021




Vol. 9. Januari 2021

Tajuk Bahan : Melakar Peristiwa : Pengkisahan Sejarah Kampus-Kampus Cawangan ITM-UiTM Pewujud : Jabatan Komunikasi Korporat Tahun : 2012 Bil./Vol. : Tiada Bil. M/S. : 177 Penerbit : Universiti Teknologi MARA Deskripsi : Buku ini mengandungi maklumat berkaitan sejarah penubuhkan kampus-kampus cawangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi MARA (ITM). Nukilan tentang susur galur penubuhan dan perkembangan kampus-kampus cawangan ITM — UiTM dapat menjadi rujukan kepada penyelidik dan khalayak ramai. Buku ini juga merakam segala memori yang telah berlaku sepanjang lipatan sejarah Universiti.

Vol. 9. Januari 2021

Vol. 10. Februari 2021

Tajuk Bahan : Documenting A Destiny : History of Universiti Teknologi MARA, 1956-2006 Pewujud : Jabatan Komunikasi Korporat & Perhubungan Antarabangsa, UiTM Tahun : 2006 Bil./Vol. : Tiada Bil. M/S. : 206 Penerbit : Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM Deskripsi : Buku ini mengandungi maklumat berkaitan sejarah UiTM yang mengimbau kembali peristiwa dan perkembangan yang begitu membanggakan sejak tertubuhnya Dewan Latehan RIDA sehingga menjadi sebuah universiti yang terunggul di Malaysia. Buku ini menghidangkan bukti-bukti kecemerlangan universiti melalui halaman-halaman dokumen arkib dan kertas rasmi tahun-tahun semenjak dari tahun 1956 sehingga 2006. Ia memberitahu mengapa UiTM wujud hari ini, mengapa UiTM telah berkembang maju dan mengapa UiTM berusaha ke arah pengantarabangsaan.

Vol. 10. Februari 2021

Vol. 11. Mac 2021

Tajuk Bahan : Achieving a Dream ... A Story of Courage : Ketabahan Merealisasikan Impian Pewujud : Ahmad Ridzuan bin Wan Chik Tahun : 2006 Bil./Vol. : Tiada Bil. M/S. : 231 Penerbit : Arkib dan Muzium, UiTM Deskripsi : Buku ini mengandungi maklumat berkaitan sejarah penubuhan, perkembangan dan pembangunan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Bermula dengan Dewan Latehan RIDA pada tahun 1956, pelbagai perubahan dilakukan terhadap institusi ini. Daripada Maktab MARA pada tahun 1965 kepada Institut Teknologi MARA pada tahun 1967 dan akhirnya Universiti Teknologi MARA pada tahun 1999. Buku ini mengandungi maklumat tentang hasil gabungan pemikiran empat tokoh utama yang mengubah Universiti Teknologi MARA yang dahulunya hanya sebuah Dewan Latehan, kini berdiri megah menjadi universiti terbesar di Malaysia. Buku ini juga memaparkan kejayaankejayaan yang dinikmati oleh UiTM dari tahun 1956 sehingga 2006.

Vol. 11. Mac 2021

Vol. 12. April 2021

Tajuk Bahan : Shaping A Dream (From Dewan Latehan RIDA to Universiti Teknologi MARA) 1956 -1999 Pewujud : Fadzilah Amin Tahun : 2000 Bil./Vol. : Tiada Bil. M/S. : 83 Penerbit : Universiti Teknologi MARA Deskripsi : Buku ini mengandungi maklumat berkaitan perkembangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) sejak dari Dewan Latihan RIDA sehingga menjadi universiti. Dalam sejarah 44 tahun, ia telah melalui beberapa perubahan nama dari Dewan Latehan RIDA pada tahun 1956 hingga Maktab MARA pada tahun 1965 ke Institut Teknologi MARA pada tahun 1967 dan akhirnya, Universiti Teknologi MARA pada tahun 1999. Buku ini turut memberi gambaran secara kronologi mengenai perubahan berlaku lebih daripada empat dekad. yang

Vol. 12. April 2021

Vol. 13. Mei 2021

Tajuk Bahan : Sejarah Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pewujud : Perpustakaan Tun Abdul Razak Tahun : 2006 Bil./Vol. : Tiada Bil. M/S. : 105 Penerbit : Bahagian Perkhidmatan Maklumat Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam. Deskripsi : Buku ini mengandungi maklumat tentang sejarah Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR). Penulisan buku ini bertujuan bagi menyingkap sejarah penubuhan PTAR bersempena sambutan ulang tahun UiTM ke 50 tahun. Buku ini memberi gambaran yang jelas tentang peranan penting serta sumbangan yang telah diberikan disamping memperlihatkan oleh PTAR perubahan serta perkembangan PTAR sejak tahun 1967.

Vol. 13. Mei 2021

Vol. 14. Jun 2021

Tajuk Bahan : Faces of Success (Wajah-Wajah di Puncak) Pewujud : Universiti Teknologi MARA Tahun : 2006 Bil./Vol. : Tiada Bil. M/S. : 264 Penerbit : Universiti Teknologi MARA Deskripsi : Buku ini mengandungi maklumat biodata dan wajah tokoh-tokoh dan individu-individu berjaya yang merupakan alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kejayaan dan usaha mereka telah diceritakan di dalam buku ini agar menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat bumiputera yang lain untuk menempah kejayaan yang lebih cemerlang. Buku ini mempunyai gambar-gambar individu dan sumbangan yang telah diberikan di samping melihat perubahan serta perkembangan UiTM sejak tahun 1956.

Vol. 14. Jun 2021



Flipbook Gallery

Magazines Gallery

Catalogs Gallery

Reports Gallery

Flyers Gallery

Portfolios Gallery

Art Gallery

Home


Fleepit Digital © 2021