Archive Collection v.1-8 2020

Vol. 1 Jun 2020




Vol. 1 Jun 2020

Tajuk Bahan : Pertemuan setelah 30 tahun bekas pelajar-pelajar RIDA 1955/1957 Pewujud : Daud Baharum, Aziz Ishak, Jamaludin dan Khalid Jais Tahun : 1987 Bil./Vol. : Tiada Bil. M/S. : 20 Penerbit : Agensi Penerbitan Nusantara Deskripsi : Buku ini mengandungi maklumat berkaitan bekas pelajar-pelajar RIDA sesi 1955/1957 yang dipertemukan semula setelah 30 tahun pada 06 Julai 1985 di Hotel Dayang, Petaling Jaya. Selain itu, buku ini juga mengenai sejarah penubuhan Dewan Latehan RIDA seperti penuntut, aktiviti dan program yang dijalankan serta gambar-gambar bernilai seperti Penuntut Tahun 1956/57 bersama Tuan Syed Alwi Al-hady dan Hari Pembukaan Dewan Latehan RIDA, Petaling Jaya pada 14 Februari 1957.

Vol. 1 Jun 2020

Vol. 2 Julai 2020

Tajuk Bahan : Teater Muzikal Destini Anak Bangsa Tan Sri Pewujud : Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Fakulti Arshad Ayub Muzik, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media serta Jabatan Komunikasi Korporat Universiti Teknologi MARA (UiTM) Tahun : 2013 Bil./Vol. : Tiada Bil. M/S. : 60 Penerbit : Tiada Deskripsi : Buku ini mengandungi maklumat berkaitan Teater Muzikal Destini Anak Bangsa Tan Sri Arshad Ayub yang diadakan pada 25,26,27 dan 28 Januari 2013 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam arahan (Pengarah) oleh En. Mazlan Tahir. Pementasan teater ini bertujuan melihat jerih payah kehidupan seorang tokoh iaitu Tan Sri Arshad Ayub dan sumbangan beliau terhadap pembangunan UiTM sehingga menjadi sebuah institusi pengajian tinggi awam yang disegani di peringkat negara dan persada dunia. Malahan dapat juga meneladaninya dalam mengubah destini anak bangsa yang berbilang agama dan budaya. Selain itu, pementasan ini juga merakamkan kisah penubuhan UiTM bermula dari Dewan Latehan RIDA, Maktab MARA, Institut Teknologi MARA (ITM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Vol. 2 Julai 2020

Vol. 3 Ogos 2020

Tajuk Bahan :Sambutan Ulang Tahun Pertama Kejayaan Pendakian Gunung Everest Pewujud : Pusat Sukan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Tahun : 2005 Bil./Vol. : Tiada Bil. M/S. :8 Penerbit : Tiada Deskripsi : Brosur ini mengandungi maklumat berkaitan kejayaan Mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM)iaitu En. Ahmad Reduan Rozali dan En. Muhammad Muqhrabbin Moktaruddin yang telah berjaya menawan puncak Everest pada tanggal 16 Mei 2004, jam 10.50 pagi waktu Malaysia menjadikan pelajar universiti pertama di Asia Tenggara berjaya menawan Puncak Everest. Hal ini telah mengharumkan nama negara dan UiTM serta menjadi pemankin semangat kepada siswa siswi UiTM yang lain.

Vol. 3 Ogos 2020

Vol. 4 September 2020

Tajuk Bahan : MARA Sa-Chara Ringkas Pewujud : MARA Tahun : Ogos 1968 Bil./Vol. : Tiada Bil. M/S. : 74 Penerbit : Chawangan Seranta dan Penerangan, MARA Deskripsi : Buku ini mengandungi makumat berkaitan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang ditubuh bagi mengantikan Dewan Latehan RIDA. Objektif utama MARA diwujudkan bagi meningkatkan penyertaan kaum Bumiputera dalam kegiatan perdagangan dan perindustrian serta membantu menaik taraf ekonomi dan sosial Negara. Buku ini juga menceritakan secara ringkas mengenai penubuhan Institut Teknoloji MARA (ITM), Program Pembelajaran ITM, Data Penuntut ITM, lokasi-lokasi bangunan MARA, Perusahaan Perkhidmatan MARA serta sumbangan MARA. dan

Vol. 4 September 2020

Vol. 5 Oktober 2020

Tajuk Bahan : Majlis Pelancaran Logo Universiti Teknologi MARA Pewujud : Bahagian Canseleri dan Komunikasi Korporat, UiTM Tahun : 1999 Bil./Vol. : Tiada Bil. M/S. : 18 Penerbit : Tiada Deskripsi : Buku ini mengandungi maklumat berkaitan Majlis Pelancaran logo Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 10 dan 12 November 1999 di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam. VIP utama UiTM yang terlibat ialah YBhg. Datuk Prof. Dr. Haji Ahmad Zaidee bin Laidin (Naib Canselor) dan YBhg. Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman bin Arshad (Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti). Selain itu, buku ini juga mengenai sejarah, Falsafah, Misi dan Wawasan 2020 UiTM serta keterangan mengenai logo baru UITM.

Vol. 5 Oktober 2020

Vol. 6 November 2020

Tajuk Bahan : The MARA Institute of Technology: Yesterday, Today and Tomorrow Pewujud : MARA, Institute of Technology Tahun : 1969 Bil./Vol. : Tiada Bil. M/S. : 273 Penerbit : MARA, Institute of Technology Deskripsi : Buku ini mengandungi maklumat berkaitan Institut Teknologi MARA (ITM) yang telah dinaik taraf dari Maktab MARA. ITM ditubuhkan bagi membentuk pelajar menjadi pekerja terlatih pada tahap profesional dan separa profesional di kalangan Bumiputera dengan mewujudkan pelbagai program pembelajaran Diploma lanjutan setaraf dengan program ijazah mengikut keperluan tenaga kerja. Selain itu, buku ini juga mengenai maklumat ringkas Dewan Latehan RIDA dan Maktab MARA, dari segi sejarah penubuhan dan program dijalankan.

Vol. 6 November 2020

Vol. 7 Disember 2020

Tajuk Bahan : A Second Chance : Life and Mission of Arshad Ayub Pewujud : Rokiah Talib Tahun : 2008 Bil./Vol. : Tiada Bil. M/S. : 238 Penerbit : MPH Group Publishing Sdn Bhd Deskripsi : Buku ini mengandungi maklumat berkaitan kehidupan YBhg. Tan Sri Dato' Seri Utama (Dr) Arshad Ayub. Nama beliau begitu sinonim dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang sentiasa terpahat di minda, tersemai di hati menjadi ingatan dan sebutan. Buku ini sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan Tan Sri Arshad Ayub dalam mengungkap ketokohan dan wawasan beliau dari pelbagai sudut. Beliau merupakan tokoh yang paling banyak memberi sumbangan dan bertanggunjawab dalam pembangunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dari segi pendidikan, bumiputera. sosial dan ekonomi kepada golongan

Vol. 7 Disember 2020

Vol. 8 Disember 2020

Tajuk Bahan : Dari Biroteks ke Penerbit UiTM Pewujud : MARA, Institute of Technology Tahun : 2015 Bil./Vol. : Tiada Bil. M/S. : 23 Penerbit : Penerbit UiTM Deskripsi : Buku ini mengandungi maklumat berkaitan latar belakang sejarah penubuhan Penerbit UiTM yang dahulunya dikenali sebagai Biroteks kepada UPENA dan seterusnya kepada Penerbit UiTM. Terbitan buku ini sebagai langkah bagi mengingati jasa dan catatan sejarah Penerbit UiTM terhadap Universiti dalam memulihara dan memasarkan ilmu intelek, kreatif dan idea Universiti serta menjadi platform kepada ahli-ahli akademik serta bukan akademik untuk menerbitkan sebuah terbitan penulisan yang berunsurkan ilmiah, inteletual dan kreatif kepada masyarakat.

Vol. 8 Disember 2020



Flipbook Gallery

Magazines Gallery

Catalogs Gallery

Reports Gallery

Flyers Gallery

Portfolios Gallery

Art Gallery

Home


Fleepit Digital © 2021