Memori Korporat : UiTM Dalam Sejarah Bil. 1-46 Tahun 2016

Pengetua Pertama Dewan Latehan RIDA:




Pengetua Pertama Dewan Latehan RIDA:

Tuan Syed Alwi Bin Syed Sheikh Al-Hadi Tempoh Berkhidmat : 1 November 1956 – 30 Jun 1958 Dewan Latehan RIDA telah memulakan operasinya pada bulan November 1956 dan diketuai oleh pengetuanya yang pertama iaitu Tuan Syed Alwi Bin Syed Sheikh Al-Hadi. Pelantikan beliau bemula pada 1 November 1956 hingga 30 Jun 1958. Pengambilan pelajar pertama adalah bagi London Chamber of Commerce (LCC) 1956/57 seramai 25 orang dan pengambilan pelajar London Chamber of Commerce (LCC) sesi 1957/58 seramai 24 orang. Beliau dilahirkan pada 12 Muharam 1310 Hijrah @ Tahun 1893 di Pulau Penyengat Indara Sakti, Riau dan dibesarkan di Pulau Pinang. Anak pertama daripada pasangan Syed Sheikh Al Hadi (anak kelahiran Kampung Hulu, Melaka) dan Syarifah Syeikhun. Pada tahun 1933 beliau menggantikan ayahnya menguruskan terbitan Akhbar Saudara yang diterbitkan dalam tulisan jawi untuk dua kali seminggu sehingga tahun 1941. Beliau pernah berkhidmat sebagai tenaga pengajar dan menjadi seorang anggota bukan pertempuran dengan tentera British di Beirut, Lubnan semasa Perang Dunia Pertama. Beliau juga pernah berkhidmat secara mingguan di Lembaga Malaya dan berkhidmat sebagai Pegawai Maklumat UMNO dari tahun 1947 hingga 1951. Selepas meninggalkan Dewan Latehan RIDA, beliau telah dilantik sebagai Professor Madya dan Ketua Kajian Melayu di Bahagian Bahasa, Kolej Ngee Ann, Singapura pada 1963 hingga 1964. Pada tahun 1970, beliau meninggal dunia pada usia 77 tahun. Sumber : Documenting A Destiny (1956-2006 ) Shaping a Dream (1956-1999) Sejarah dan Rumpun Bahasa Melayu oleh Siti Nazurana UPM Jabatan Arkib Universiti, Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi MARA jabatan_arkib@salam.uitm.edu.my / 03-55211322 (P) FB : Jabatan Arkib Universiti BIL 1/2016

Pengetua Pertama Dewan Latehan RIDA:

Pengetua Ke-2

Dewan Latehan RIDA (Pemangku): Encik Abdul Samad Ibrahim Tempoh Berkhidmat : 1 Julai 1958 -15 Januari 1959 Encik Abdul Samad Ibrahim, Ketua Unit Latehan RIDA mentadbir Dewan Latehan RIDA menggantikan Pengetuanya Tuan Syed Alwi Syed Sheikh Al-Hadi yang tamat tempoh perkhidmatan pada 30 Jun 1958. Perlantikan beliau bagi memangku tugas pengetua berkuatkuasa pada 1 Julai 1958 hingga 15 Januari 1959. Pengambilan pelajar bagi sesi 1958/59 ialah seramai 13 orang, jumlah pelajar bagi sesi 1958/59 ialah seramai 33 orang. Encik Abdul Samad merupakan anak kepada Ibrahim dan Putih Rokiah. Beliau dilahirkan pada 15 Februari 1899 di Kampung Menora, Daerah Hilir Perak. Pada tahun 1918, beliau lulus peperiksaan School Final Examination for Std VII (setaraf LCE @ PMR). Setelah tamat peperiksaan Normal Class Examination di Anglo Chinese School (ACS), Ipoh, beliau mula berkhidmat sebagai Cikgu di sekolah yang sama selama 4 tahun. Pada usia 23 tahun beliau diminta untuk berpindah ke Anglo Chinese School (ACS), Teluk Anson (Teluk Intan) yang baru dibuka. Beliau seorang yang pakar dalam gimnastik kerana mendapat latihan daripada bekas tentera Sikh di ACS, Ipoh. Beliau berkhidmat sebagai guru selama 36 tahun. Beliau juga membuka kedai buku Samad Bookstore sejak tahun 1925. Sumber : Laporan Tahunan RIDA 1958 dan 1959 Documenting A Destiny (1956-2006 ) Shaping a Dream (1956-1999) BIL 2/2016

Pengetua Ke-2

Pengetua Ke-3

Dewan Latehan RIDA (Memangku): Encik Mohd Darus Bin Taib Tempoh Berkhidmat : 16 Januari 1959 – 31 Oktober 1959 Encik Mohd Darus Taib dilantik mentadbir Bahagian Latihan dan menjalankan pengawasan bagi Dewan Latehan RIDA menggantikan Encik Abdul Samad Ibrahim yang tamat tempoh pada 15 Januari 1959. Pada waktu itu Pengerusi RIDA adalah Dato’ Ahmad Bin Perang. Sebelum tamat tempoh perlantikan sebagai Ketua Bahagian Latehan RIDA beliau dilantik sebagai Pegawai Kemajuan Negeri Selangor pada 1 September 1959. Perlantikan beliau sebagai Pemangku Pengetua Dewan Latehan RIDA berkuatkuasa 16 Januari 1959 hingga 31 Oktober 1959. Sumber : Laporan Tahunan 1959 Documenting A Destiny (1956-2006 ) Shaping a Dream (1956-1999) BIL 3/2016

Pengetua Ke-3

Pengetua Ke-4

Dewan Latehan RIDA (Pemangku): Encik Basha Merican Tempoh Berkhidmat : 1 November 1959 - 31 Mei 1961 Pengetua Ke-6 Dewan Latehan RIDA (Pemangku): Encik Basha Merican Tempoh Berkhidmat : 1 Jun 1963 – 30 September 1965 Encik Basha Merican dilantik mentadbir Bahagian Latihan dan memangku tugas Pengetua Dewan Latehan RIDA menggantikan Encik Mohd Darus Taib yang tamat tempoh pada 31 Oktober 1959. Beliau memangku tugas Pengetua Dewan Latehan RIDA pada 1 November 1959 sehingga 31 Mei 1961. Beliau dilantik kali kedua pemangku tugas Pengetua menggantikan Donald Ross Liggett yang tamat tempoh pada 31 Mei 1963. Beliau dilahirkan pada 2 Mei 1900 di Pulau Pinang. Mendapat pendidikan di Penang Free School. Kerjaya pertama beliau adalah sebagai seorang guru dari tahun 1923 hingga 1952. Beliau juga dilantik sebagai Pesuruhjaya Pengakap pada tahun 1947 hingga 1948. Aktif di dalam politik dimana beliau memegang jawatan sebagai Naib Presiden UMNO di Pulau Pinang pada tahun 1953 hingga 1955. Beliau juga dilantik sebagai nazir sekolah Province Wellesley (Seberang Perai) dan juga penasihat mahkamah juvana pada tahun 1953 hingga 1959. Sumber : INDRARIDA / ms11 Laporan Tahunan RIDA 1959 Documenting A Destiny (1956-2006 ) Shaping a Dream (1956-1999) BIL 4/2016

Pengetua Ke-4

Pengetua Ke-5 Dewan

Latehan RIDA Mr Donald Ross Liggett Tempoh Berkhidmat : 1 Jun 1961 – 30 Mei 1963 Dewan Latehan RIDA telah menerima seorang pengetua sepenuh masa dan pasukan pertama sukarelawan dari luar negara yang dihantar oleh Asia Foundation iaitu Mr Donald Ross Liggett. Beliau berkhidmat sebagai pengetua menggantikan Encik Basha Merican dari 1 Jun 1961 hingga 30 Mei 1963. Pada bulan Disember 1961 beliau telah mengadakan satu kursus baru iaitu General Business Management bagi melatih pemuda-pemuda Melayu di dalam pengurusan syarikat. Kursus ini melayakkan penuntut-penuntut menduduki peperiksaan Institute of Business Management (London). Pengambilan pertama adalah pada bulan Januari 1962 seramai 13 orang. Beliau berasal dari Palo Alto, California, dan mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Monmouth College pada tahun 1943. Selepas tamat latihan tentera laut, beliau menyambung pelajaran di Stanford College dan mendapat Master of Arts (Degree in Psychology) pada tahun 1948. Beliau telah menerbitkan buku bertajuk “Small Industrial Development Organisation – a worldwide directory” pada tahun 1959. Beliau mempunyai pengalaman yang tinggi dalam bidang perniagaan dan perusahaan dan pernah berkhidmat di Stanford Reseach Institute, Amerika. Beliau juga pernah melawat 16 negara di Asia dan Afrika dalam tahun 1960. Sumber : INDRARIDA- Okt1962/ms11 Documenting A Destiny (19562006) Shaping a Dream (1956-1999) BIL 5/2016

Pengetua Ke-5 Dewan

Pengarah Maktab MARA / Institut Teknologi MARA Ke -7 :

Encik Arshad Ayub (Tan Sri Dato’ Seri Utama) Tempoh Berkhidmat : 1 Disember 1965 - 24 Mac 1976 Pada 1 Disember 1965 Encik Arshad Ayub seorang ahli ekonomi telah dipinjamkan oleh MARA dari Kementerian Perdagangan dan Perindustrian sebagai Pengetua Maktab MARA ke-7 menggantikan Encik Basha Merican yang telah meletakkan jawatannya sebagai Pemangku Pengetua Maktab MARA pada 30 September 1965. Semasa menjadi Pengarah ITM beliau membentuk dan memupuk ITM dengan penuh ketegasan dan kebijaksanaan. Hasilnya dalam jangkamasa hampir lapan tahun beliau telah berjaya menambahkan bilangan pelajar daripada seramai 154 orang kepada 8000 pelajar dengan mengikuti lebih daripada 60 bidang kursus. Ini adalah satu pencapaian yang menakjubkan dan dalam masa yang sama beliau bekerja keras untuk meninggikan imej lulusan ITM. Beliau dilahirkan pada 15 November 1928 di Muar, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Parit Keruma, Muar, Johor sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Inggeris Kerajaan juga di Muar, Johor. Kemudian beliau telah melanjutkan pelajaran ke Kolej Pertanian Serdang, Selangor (1951-1954) dan University College of Wales, Aberystwyth, United Kingdom (1954-1958). Pada tahun 1963 beliau terpilih untuk mengikuti kursus di Management Development Institute (IMEDE), Lausanne, Switzerland dan memperolehi Diploma Pentadbiran. Kerjaya beliau bermula seawal tahun 1951 apabila beliau bertugas sebagai Penolong Pegawai di Lembaga Pembangunan Industri Desa RIDA. Beliau juga adalah penerima Anugerah Tokoh RIDAMARA sempena Sambutan Jubli Emasnya pada tahun 2000. Beliau kini adalah sebagai Pro Canselor UiTM dari 01 Jun 2000 sehingga sekarang. Sumber : ITM Warisan Bangsa Documenting A Destiny (1956-2006 ) A Second Chance – Life and Mission of Arshad Ayub Majlis Amanah Rakyat Bahagian Governan dan Sekretariat Universiti, Pejabat Pendaftar BIL 6/2016

Pengarah Maktab MARA / Institut Teknologi MARA Ke -7 :

Pengarah Institut Teknologi MARA Ke-8 :

Dato’ Lokman bin Musa Tempoh Berkhidmat : 1 Ogos 1975 – 12 Ogos 1978 Dato’ Lokman Musa dilantik menjadi Pengarah Institut Teknologi MARA (ITM) menggantikan Dato’ (Dr) Arshad Ayub yang dilantik sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia pada 24 Mac 1975. Perlantikan Dato’ Lokman Musa berkuatkuasa pada 1 Ogos 1975 hingga 12 Ogos 1978. Beliau dilahirkan di Singapura pada 25 November 1926 tetapi beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Malaysia. Pada tahun 1959, beliau meyambung pengajiannya di Universiti Harvard, Amerika Syarikat dalam bidang Perancangan Pendidikan. Pada tahun 1973 beliau mengambil kursus yang sama di Universiti Sussex, Britain. Semasa menjadi Pengarah ITM, beliau telah melawat ke Universiti , Politeknik dan Kolej yang terdapat di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Pengalaman yang diperolehi digunakan untuk meningkatkan lagi mutu dan tahap pembelajaran di ITM. Selama tiga tahun, Dato’ Lokman telah berjaya menaikkan nama ITM sebagai salah satu institusi pengajian tinggi yang disegani dan telah melahirkan ramai graduan yang bertaraf profesional. Pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan tidak dinafikan lagi kerana pernah bekerja di sebuah sekolah swasta dia Batu Pahat, Johor, Guru sekolah menengah, Pegawai Pelajaran, Ketua Pegawai Pelajaran Pahang, Penolong Pengetua di Maktab Bahasa Kuala Lumpur, Pengarah Pelajaran Sabah, Pengarah Latihan Guru Malaysia dan Timbalan Pengarah Am di Kementerian Pendidikan. Dalam tahun 1960 beliau telah menghadiri Mesyuarat Agung UNESCO dan menjadi wakil Menteri Pendidikan di Regional Language Centre di Singapura sehingga tahun 1977. Selepas menjadi Pengarah Institut Teknologi MARA, beliau dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia di Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO). Sumber : Peristiwa Penting ITM 1956-1980 Shaping a Dream (1956-1999) BIL 7/2016

Pengarah Institut Teknologi MARA Ke-8 :

Pengarah Institut Teknologi MARA Ke-9

Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Awang Had bin Salleh Tempoh Berkhidmat : 1 September 1978 – 15 Julai 1980 Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Awang Had bin Salleh dilantik menjadi Pengarah Institut Teknologi MARA (ITM) menggantikan Dato’ Lokman Musa yang tamat tempoh pada 12 Ogos 1978. Perlantikannya berkuatkuasa 1 September 1978 hingga 15 Julai 1980. Semasa Pentadbirannya beliau telah membawa beberapa polisi yang menekankan kepada perubahan dan kemajuan bagi Institut Teknologi MARA (ITM). Beliau dilahirkan di Kampung Bagan Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang pada 24 Jun 1934 dan dibesarkan di kedah sejak berumur 5 tahun. Pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak (sehingga darjah lV) dan Sekolah Melayu Sungai Korok Lama (sehingga darjah Vl) di Alor Setar. Pada tahun 1949 beliau telah ditawarkan bekerja sebagai seorang Guru Pelatih di Sekolah Melayu Gunong, Alor Setar. Beliau menyambung pelajaran selama tiga tahun di Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak (1951-1954). Selepas itu beliau mengajar di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar, Kedah (1954-1956). Beliau ditukarkan ke Sultan Abdul Hamid College sebagai Guru Bahasa Kebangsaan pada tahun 1957. Selepas dilantik menjadi Pengarah Institut Teknologi MARA (1978-1980), beliau juga dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (1980-1984), Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (1984-1989). Sumber : Peristiwa Penting ITM 1956-1980 Shaping a Dream (1956-1999) BIL 8/2016

Pengarah Institut Teknologi MARA Ke-9

Pengarah Institut Teknologi MARA Ke-10 :

Dato’ Nik Abdul Rashid bin Nik Abdul Majid Tempoh Berkhidmat : 16 Julai 1980 – 31 Ogos 1986 Dato’ Nik Abdul Rashid bin Nik Abdul Majid dilantik menerajui Institut Teknologi MARA (ITM) menggantikan Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Awang Had bin Salleh yang tamat tempoh pada 15 Julai 1980. Beliau berkhidmat di ITM pada 16 Julai 1980 sehingga 31 Ogos 1986. “Pak Nik” itulah nama panggilan mesra dan popular di kalangan para pelajar ITM pada ketika itu. Selama enam tahun beliau menerajui ITM, telah banyak sumbangan yang tidak ternilai harganya dengan terbinanya bangunan Kajian Senilukis dan Seni Reka dan Kajian Perniagaan dan Pengurusan. Beliau dilahirkan di Kelantan pada 24 September 1936. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Langgar, Kelantan pada tahun 1942 dan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Arab Islah juga di Kelantan. Pendidikan tertinggi beliau adalah di University of Pittsburgh, Amerika Syarikat dalam jurusan Sarjana Pentadbiran Awam. Beliau pernah berkhidmat di Jabatan Ukur Kelantan sebagai juruteknik (1955-1956), Universiti Malaya sebagai penolong pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran dan dinaikkan pangkat pensyarah pada tahun 1972. Dato’ Nik Abdul Rashid telah berjaya menyambung usaha pengarah-pengarah ITM sebelumnya. Dibawah pentadbiran beliau, ITM juga telah berjaya menubuhkan Unit Arkib. ITM patut berbangga dengan pencapaian ini kerana ia merupakan Pusat Pengajian Tinggi yang pertama di Malaysia menubuhkan Unit Arkibnya sendiri. Pada tahun 1985 beliau telah dikurniakan Pingat Dato’ Paduka Mahkota Perlis (D.I.M.P) oleh Raja Perlis dan pada tahun yang sama juga beliau menerima Pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) oleh Sultan Pahang yang membawa kepada gelaran Dato’. Penganugerahan ini sebagai mengenang jasa-jasa beliau yang tidak pernah jemu memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada Sumber : anak bangsa dan tanah airnya sendiri. ITM Warisan Bangsa Peristiwa Penting ITM 1956-1980 Shaping a Dream (1956-1999) BIL 9/2016

Pengarah Institut Teknologi MARA Ke-10 :



Flipbook Gallery

Magazines Gallery

Catalogs Gallery

Reports Gallery

Flyers Gallery

Portfolios Gallery

Art Gallery

Home


Fleepit Digital © 2021