PILIHAN RAYA BINJI
1. Blok Emoji 4. Papan Jawapan 2. Kad emoji 5. Arahan Permainan 3. Loceng 6. Kad Jawapan 7. Hadiah
Buku Panduan Pilihan Raya Binji bertujuan untuk: Meningkatkan pengetahuan pelajar atau belia mengenai proses pilihan raya. Meningkatkan kesedaran kewarganegaraan untuk memahami hak dan tanggungjawab sebagai warganegara
1. Pemainan ini adalah secara berpasukan. Satu kumpulan terdiri daripada 2 hingga 4 orang ahli sahaja. 2. Seorang pemain akan menyusun kiub emoji manakala ahli yang lain akan mencabut kad jawapan secara bergilir-gilir. 3. Susunan blok emoji tersebut adalah berdasarkan kad yang diberikan oleh fasilitator. 4. Kumpulan yang telah selesai menyusun kiub emoji dengan pantas, perlu menekan loceng terlebih dahulu untuk mendapatkan giliran bagi mencabut kad jawapan. 5. Setiap kumpulan diberi peluang sebanyak 2 kali untuk mencabut kad jawapan. 6. Pemain yang mencabut perlu memberi jawapan sama ada fakta itu benar atau palsu kepada fasilitator.
7. Sekiranya kad jawapan yang dicabut merupakan fakta yang betul tetapi dinafikan oleh pemain, maka secara automatik kumpulan itu akan hilang kelayakan untuk meletakkan kad jawapan pada papan tersebut dan sebaliknya. 8. Masa diberi selama 15 saat untuk berbincang serta menampal kad jawapan pada papan tersebut. 9.Kumpulan yang berjaya menjawab pertanyaan fakta kad, diberi peluang untuk menampal jawapan. 10.Kemudian, fasilitator akan menentukan sama ada jawapan betul atau salah. Sekiranya jawapan pemain salah, maka kumpulan itu turut dikenakan penalti. 11. Penalti bermaksud satu kumpulan akan kehilangan giliran bermain bagi pusingan seterusnya.
12. Bilangan kad jawapan palsu yang banyak tidak menjejaskan permainan sekiranya peserta memahami permainan. 13. Fasilitator akan mengambil kad jawapan yang salah dan menyusun semula kad jawapan secara rawak. 14. Sebelum permainan seterusnya bermula, kiub tersebut perlu diselerakkan oleh pemain terlebih dahulu. 15. Pemenang bagi permainan ini akan ditentukan melalui point. Setia[ kad jawapan dikira sebagai 1 point. 16. Kumpulan yang berjaya mengumpul point paling tinggi akan dikira sebagai pemenang. 17. Angggaran masa permainan ini adalah selama 20 minit.
1. Pemain yang telah selesai menyusun kotak emoji dengan pantas perlu menekan loceng untuk mendapatkan giliran 2. Pemain diberi masa 15 saat untuk menampal jawapan pada papan proses pilihan raya. 3. Fasilitator akan menentukan sama ada jawapan tersebut sama ada betul atau salah, jika jawapan pemain salah maka pemain akan dikenakan penalti. 4. Setiap kumpulan diberi peluang sebanyak 2 kali untuk mencabut kad jawapan. 5. Sebelum permainan seterusnya bermula, kiub tersebut perlu diselerakkan oleh pemain.
Fleepit Digital © 2021