BERILUSTRASI: KRAF TANGAN SONGKET EDISI PERTAMA 1i
KRAF TANGAN SONGKET EDISI PERTAMA BAHASA MELAYU - TAKRIF - ILUSTRASI Penerbitan Universiti Malaya Kuala Lumpur 2025 ii
Cetakan Pertama 2025 © Penerbitan Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, 2025 Segala kandungan dalam dokumen ini adalah hak milik Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dan dilindungi di bawah undang-undang hak cipta. Tiada mana-mana bahagian daripada dokumen ini boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem simpanan atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, sama ada secara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pemilik hak cipta. Perpustakaan Akademi Pengajian Melayu Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Akademi Pengajian Melayu KAMUS BERISTILAH BERILUSTRASI KRAF TANGAN SONGKET / SHERINA AMIN, QASRINA REZAL, HAFIZAH RASUL, AMYLIA ROSMAN, NAJWA RAHMAN Mengandungi indeks ISBN 987-938-46-1840-7 Dicetak oleh Akademi Pengajian Melayu (APM) Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Selangor iii
SIDANG EDITOR Ketua Editor Nur Qasrina Juita Aisyah Binti Mohd Rezal Pemasukan Data Nurhafizah Binti Mohd Rasul Nurul Sherina Binti Amin Amylia Nur Safareena Binti Rosman Najwa Aprila Rahmi Binti Abdul Rahman Nur Qasrina Juita Aisyah Binti Mohd Rezal Editor Eksekutif Amylia Nur Safareena Binti Rosman Najwa Aprila Rahmi Binti Abdul Rahman Penyelia Nurhafizah Binti Mohd Rasul Nurul Sherina Binti Amin Reka Bentuk Kulit Nur Qasrina Juita Aisyah Binti Mohd Rezal iv
Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Selangor Diterbitkan pertama kali dengan judul Kamus Istilah Berilustrasi Kraf Tangan Songket Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 2024 ISBN 978 123 45 6789 7 Semua hak terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, atau dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran semula, perakaman dan sebagainya, tanpa izin terlebih dahulu daripada Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. v
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T., kerana dengan izinNya dan berkat iltizam semua pihak yang terlibat, Kamus Istilah Berilustrasi Kraf Tangan Songket ini berjaya diterbitkan untuk para pembaca yang budiman. Kamus peristilahan ini merupakan kamus yang pertama diterbitkan dalam bahasa Melayu. Matlamat utama menerbitkan Kamus Istilah Berilustrasi Kraf Tangan Songket ini adalah untuk melengkapkan proses pembinaan dan pengembangan terminologi bahasa Melayu. Seperti semua istilah yang dibentuk oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, istilah yang termuat dalam kamus ini telah diselaraskan dan disesuaikan dengan kehendak Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu dan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu. Kamus Istilah Berilustrasi Kraf Tangan Songket ini diharap akan menjadi sumber rujukan yang berguna kepada para pelajar, pengkaji khususnya dalam bidang peristilahan dan masyarakat umum. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua ahli yang terlibat dengan memberikan kerjasama yang baik dalam penyusunan kamus peristilahan ini. Jun 2025 vi Nurul Sherina Amin Ketua Pengarah
Kami mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan teguran dan cadangan yang membina sepanjang kajian ini dilaksanakan. Ucapan terima kasih khusus ditujukan kepada Adiguru Wan Manang Bin Wan Awang, yang merupakan pakar bidang kraftangan songket kerana telah menjadi informan dengan memberikan banyak maklumat mengenai kajian peristilahan kami ini. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Kraf Tangan Negara yang telah banyak memberikan maklumat berkaitan kraftangan songket. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Dr. Nur Azimah Bukhari, sebagai penyelia kajian juga Pensyarah Jabatan Bahasa, kerana telah memberikan sokongan kepada kerja-kerja penyemakan kamus peristilahan ini. Kepada Saudari Nurul Sherina dan rakan-rakan dari Bahagian Perkamusan, terima kasih atas ulasan dan perbincangan mengenai beberapa aspek peristilahan bahasa Melayu. Terima kasih daun keladi disampaikan juga kepada urus setia, Saudari Nurhafizah, Qasrina, Amylia dan Najwa yang telah bertungkus lumus bersama-sama kami menyemak, mengumpulkan data dan turut serta dalam perbincangan serta menguruskan edisi pertama ini. Kepada rakan-rakan ahli bahasa, terima kasih tidak terhingga atas segala sokongan dan ulasan membina. Namun, diingatkan bahawa kamus ini disediakan sebagai sebuah kamus istilah rujukan dan tidak sebagai buku kerja. Kami berharap penerbitan yang dibuat akan dapat membantu pembaca semua menguasai dan menghayati istilah dalam kraftangan Songket. Kuala Lumpur, 2025 Nurul Sherina Nurhafizah Nur Qasrina Najwa Aprila Amylia Nur vii
Peristilahan bagi bidang-bidang tertentu di negara kita merupakan suatu usaha yang baik dalam memperkasa dan memelihara bidang tersebut daripada terus diketepikan. Dalam hal ini, bidang seperti Kraftangan Songket dimanfaatkan dengan membentuk istilah-istilah yang terdapat di dalamnya, iaitu melalui penghasilan kamus. Ini bukan sahaja memberi manfaat terhadap pembaca umum, malah juga merupakan satu kemudahan bagi individu atau kumpulan yang sedang melakukan kajian ke atas budaya atau tradisi di negara kita. Kamus peristilahan ini justeru dapat membantu dalam perkembangan bahasa pembaca, iaitu dapat memberi pendedahan terhadap kosa kata yang jarang digunakan pada zaman serba kemodenan ini. Melalui Kamus Istilah Berilustrasi Kraftangan Songket ini, pengguna, iaitu pembaca dapat mempelajari segala perkara yang terkandung dalam Kraftangan Songket tersebut. Ini dapat dilihat melalui kandungan kamus ini yang dipenuhi dengan segala istilah yang kerap kali digunakan dalam Kraftangan Songket. Entri di dalam kamus ini memuatkan sebanyak (301) entri berkaitan dengan Kraftangan Songket, iaitu melalui pembahagian tertentu seperti alat, bahan. teknik, hasil dan juga proses. Penghasilan kamus ini seharusnya mendapat sambutan daripada pengguna awam khususnya mereka yang kurang berpengetahuan dalam kraftangan songket. Bukan itu sahaja, kamus peristilahan yang dihasilkan ini juga mampu menjadi sumber rujukan bagi pendatang luar yang tertarik untuk mempelajari budaya dan tradisi negara kita. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu dalam meningkatkan ekonomi negara, iaitu melalui pelancongan berasaskan pendidikan. Manfaat ini perlu diambil kira secara rasional bagi membantu perkembangan negara Malaysia. Akhir kata, saya mengucapkan seribu penghargaan terhadap para penyusun yang terlibat dalam penyusunan kamus ini. Semoga dengan wujudnya kamus peristilahan ini, kraftangan songket akan semakin menjadi kebanggaan negara kita, iaitu menjadi lambang kebudayaan tempatan. Penghasilan kamus ini amat memberi makna yang besar terhadap mereka yang terlibat dalam kraftangan songket. Semoga kamus ini memberi manfaat kepada pembaca dan menyumbang kepada aspek kemajuan negara Malaysia. Kuala Lumpur, 20 Jun 2025 Menteri Pendidikan Tinggi Hisham Dato Seri Hisham Akhbar viii
Fleepit Digital © 2021